CINTA tak kenal usia. Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk digambarkan kepada pasangan ini.

Perbezaan umur sebanyak 10 tahun bukan sesuatu yang luar biasa.

Pada awalnya, hubungan mereka sekadar antara murid dan guru sahaja namun tiada siapa yang dapat menyangka akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

Beginilah yang berlaku apabila seorang wanita di Kalimantan Timur, Indonesia ini telah diperisterikan oleh anak muridnya sendiri.

Murianti, 29, selamat diijabkabulkan dengan Abdul Kodir, 19, pada 10 Jun lalu.

Namun kisah cinta pasangan ini sangat menarik kerana isterinya pernah menjadi guru mata pelajaran sewaktu Abdul Kodir berada di Tingkatan Tiga.

Menurut Tribun, hubungan mereka menjadi semakin serius ketika keduanya bertemu untuk berbincang mengenai urusan lawatan kerja.

Murianti ditugaskan menjadi guru pengiring ketika lawatan itu dan Abdul Kodir pula dilantik sebagai pembantu bagi guru-guru yang mengiring.

Baca juga [VIDEO] Kantoi ada wanita simpanan, bapa kandung sanggup langgar dan gilis anak sendiri

Iklan

Bermula di situ mereka bertukar nombor telefon dan terus sentiasa berhubung dalam talian.

Mungkin Abdul Kodir telah nekad mahu memperisterikan cikgunya itu kerana setelah tamatnya persekolahan dia terus mencari kerja.

Kata Murianti, setelah tamat kelulusan SMA, Abdul Kodir terus bekerja.

Iklan

Akhirnya, Abdul Kodir melamarnya dan dia turut menerimanya. Murianti turut sedar dan akui, dia juga suka dan cinta kepada Abdul Kodir.

Alahai… Sweetnya!