PENYANYI legenda dan aktivis masyarakat, Sinéad O’Connor menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun.

Berita pemergian selebriti kelahiran Ireland diumumkan ahli keluarganya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pelantun lagu Nothing Compares 2 U itu memeluk Islam pada 2018 dan menggunakan nama Shuhada’ Sadaqat.

Kisah pengislaman Allahyarham menjadi perhatian para peminat di seluruh dunia.

O’Connor berada di kemuncak apabila Nothing Compares 2 U dinobatkan sebagai single nombor 1 di seluruh dunia pada tahun 1990 oleh Billboard Music Awards.

Beliau juga pernah dicalonkan untuk lapan Anugerah Grammy sepanjang karier dan memenangi anugerah untuk persembahan muzik alternatif terbaik untuk lagu I Do Not Want What I Haven’t Got pada 1991.

Keluarga O’Connor mengeluarkan kenyataan kematiannya pada 26 Julai tanpa menyatakan punca.

Kehilangan O’Connor amat dirasai rakan-rakan seperjuangan. Cat Stevens, kumpulan UB40 dan Bryan Adam antara yang menyatakan kesedihan pemergian penyanyi wanita itu.

– “Sedih mendengar pemergian Shuhada Sadaqat, juga dikenali sebagai Sinéad O’Connor. Dia berjiwa lembut, semoga ALLAH Yang Maha Pengasih memberinya kedamaian abadi. Inna lillahi wa inna ilayhi rajiuon. Sesungguhnya kami milik ALLAH dan sesungguhnya kepada-NYA kami kembali. 2:156.” – Cat Stevens

– “Bersemadilah Sinéad O’Connor. Saya suka bekerja dengannya, menjalani sesi fotografi dan melakukan persembahan gig di Ireland bersama-sama. Salam takziah kepada keluarganya.” – Bryan Adams

Iklan

– “Sangat sedih mendengar pemergian penyanyi dan aktivis Sinead O’Connor pada usia 56 tahun. Dia adalah ikon, sentiasa berani dan lantang. Tenanglah di sana Sinéad.” – UB40

Pemergian penyanyi ini meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Jake, 36, Roisin, 28, dan Yeshua, 17.

Seorang anaknya, Shane meninggal dunia pada tahun 2022.

Iklan

Kredit foto utama: Twitter Cat Stevens

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang