IMPIAN pasangan suami isteri di Charlotte, Calorina Utara yang mahu memiliki zuriat yang ramai terlaksana apabila berjaya menimang cahaya mata ke-16 baru-baru ini.

Kisah Patty Hernandez, 39, yang bersusah payah mencari nama bongsunya yang mahu dinamakan bermula pada pangkal C itu menarik perhatian netizan.

Masakan tidak, kesemua nama anaknya bermula dengan huruf C sebagai penghargaan kepada suaminya bernama Carlos yang berusia 38 tahun.

anak 16 orang

Akhirnya, nama Clayton dipilih sebagai tradisi keluarga itu.

Lapor mirror.co.uk, wanita yang memiliki syarikat pembersihan itu mengakui, beliau terpaksa tunggu masa yang agak lama untuk menanti kelahiran anak bongsunya, namun ia sedikitpun tidak membuatnya serik untuk beranak lagi.

Menurut Hernandez, memiliki keluarga yang ramai disifatkan rahmat Tuhan kerana sebelum ini pernah berdepan kesukaran untuk mengandung pada awal perkahwinan.

“Dua tahun kami mencuba untuk mendapatkan anak, sehingga satu tahap saya putus asa. Namun, satu hari apabila saya rasa mual dan cuba ujian kehamilan, tak sangka ada dua line.

 

anak 16 orang

“Ketika itu, saya terkejut dan gembira. Penantian kami berakhir jua dengan kelahiran anak sulung bernama Carlos Jr,” ceritanya.

Kata wanita itu lagi, rezeki anak bertambah selepas usia anaknya sulungnya tiga bulan, beliau berjaya hamil sekali lagi.

Percaya atau tidak, boleh dikatakan wanita itu mengandung setiap tahun dan tidak menolak jika dikurniakan 30 anak sekalipun!

Pun begitu, menguruskan anak yang ramai bukannya mudah, namun wanita itu memaklumkan, hanya menggunakan kaedah grounding untuk mendisiplinkan anak.

anak 16 orang

Untuk kos perbelanjaan dapur, keluarga itu memperuntukkan sebanyak £650 (RM3,741) untuk seminggu. Ya! Bukan sikit-sikit ya jumlah yang diperlukan untuk membesarkan keluarga.

Kegigihan pasangan suami isteri tersebut wajar dipuji kerana kesungguhan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang dan lengkap dengan keperluan.

Iklan

anak 16 orang

Untuk rekod, selain Carlos Jr, 13, pasangan tersebut memiliki anak kembar iaitu Carla dan Caitlyn, 10, diikuti Calvin dan Catherine, 6, dan Caleb serta Caroline, 3.

Selain itu, lapan lagi anaknya; Christopher, 11, Cristian, 9, Celeste, 8, Cristina, 7, Carol, 4, Camilla, 2, Charlotte, 1, dan Crystal, 1.

anak 16 orang

Rasanya masih ada beberapa wanita di seluruh dunia menyimpan kisah sama. Jika pembaca SinarPlus pernah terbaca kisah wanita yang melahirkan ramai anak di Uganda, Afrika Timur.

Iklan

Mariam Nabatanzi, 41, berjaya melahirkan enam pasangan kembar dua, empat pasangan kembar tiga dan lima pasangan kembar empat. Fuh! Hebat.

Pun begitu, rekod wanita paling ramai anak di dunia masih dipegang Valentina Vassilyeva, isteri seorang petani di Shuya, Rusia.

anak ramai

Menurut Rekod Dunia Guinness, Valentina dikatakan sebagai “wanita paling produktif” yang pernah wujud di dunia kerana merekodkan kelahiran sebanyak 27 kali, 16 daripadanya anak kembar dua, tujuh anaknya (kembar tiga) dan empat anaknya (kembar empat).

Wanita yang hidup pada tahun 1707 hingga 1782 itu memiliki anak seramai 69 orang, manakala dua daripadanya meninggal dunia semasa kecil.