Perjuangan pesakit cilik bebas kanser leukimia, kisah penuh inspirasi Burge buat ramai kagum

A
A
A

NAMA Beckett Burge barangkali kurang dikenali ramai, namun percayalah kisah perjuangan kanak-kanak berusia 6 tahun itu cukup memberi inspirasi kepada kita semua.

Mana tidaknya, diuji kanser leukimia pada usia 2 tahun dan menjalani siri rawatan memeritkan, namun anak bongsu daripada dua beradik itu tidak pernah mengalah.

Lapor brightside.me, kisah Burge sebelum ini pernah tular di media sosial dengan foto-foto cukup menyedihkan. Ketika itu, si kecil berkenaan sedang menjalani rawatan kimoterapi.

Beckett Burge kanser leukimia

Pada tempoh dua tahun lalu, kanak-kanak lelaki berkenaan berjuang habis-habisan melawan barah yang dikatakan boleh meragut nyawanya sekelip mata.

Pendek kata, setiap gambar yang tular di media sosial membuatkan ramai warganet bersedih. Antara foto yang menjentik hati mereka adalah ketika si kakak cuba menenangkan adiknya yang sakit.

Memetik portal tersebut, Burge ketika ini dikatakan sudah disahkan bebas kanser sepenuhnya dan bersekolah seperti biasa seperti kanak-kanak lain.

Beckett Burge kanser leukimia

Menurut ibunya, Kaitlin Burge, fasa cukup mengerikan sudah berakhir dan kini anaknya sudah mampu tersenyum dan menjalani hidup yang diinginkan.

“Insan yang paling gembira ialah kakaknya, Aubrey. Mereka berdua bagaikan kawan baik yang tidak boleh dipisahkan dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Baca juga Disangka sudah bebas kanser rahim, sekali lagi wanita ini diuji kanser usus tahap 4. Kisah Hani buat ramai sebak

“Pun begitu, saat terpisah selama 35 hari membuatkan Aubrey menjalani hari-hari sukar. Sentiasa bertanyakan hal adiknya yang menerima rawatan di hospital. Keadaan itu cukup menyedihkan,” katanya.

Beckett Burge kanser leukimia

Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ibu tabah itu pernah berkongsikan rasa gundah hatinya di media sosial sepanjang tempoh rawatan kemoterapi yang menyakitkan.

Baca juga Jual biskut tampung kos transplantasi RM10,000, pesakit kanser darah tahap 4 ini tidak kenal erti putus asa

Tulisnya, dirinya cukup berbangga dengan semangat juang anak lelakinya kerana masih mampu tersenyum meskipun berdepan dugaan cukup getir.

“Meskipun masih kecil, namun Beckett cukup kuat. Aubrey pula sangat berdikari dan banyak membantu. Bukan mudah sebenarnya untuk mengharungi semua ujian itu, namun apa yang penting sekali, kita jangan patah semangat.

Beckett Burge kanser leukimia

“Jangan sesekali takut untuk meminta bantuan. Ingatlah ini cuma salah satu bab dalam hidup kita. Jika ada kesungguhan, pasti ada jalan untuk melepasi semua itu,” katanya.

Betullah orang kata, wanita yang kuat adalah insan yang mampu mengharungi ujian dengan tenang demi anak-anak.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bukan mudah sebenarnya berdepan situasi itu lebih-lebih anak yang masih kecil ditimpa penyakit atau dilahirkan dengan keadaan kelainan upaya, namun yakinlah dengan ketentuan takdir.

Mungkin terdapat hikmah di sebalik ujian yang mendatang. Apa yang penting, jangan cepat mengalah ya! #kitalaluibersama #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang