Perkahwinan mewah anak orang terkaya Asia jadi perhatian. Pakaian pengantin emas asli, doorgift jam tangan harga sebuah kereta buat ramai terkesima

No Image Caption
A
A
A

PERNIKAHAN Anant Ambani, pewaris kekayaan keluarga Ambani dengan Radhika Merchant baru-baru ini menjadi sorotan media seantero dunia.

Selama tiga hari pesta berlangsung, jutawan berkenaan menerbangkan bintang-bintang pop Hollywood seperti Rihanna dan Justin Bieber untuk menghiburkan tetamu jemputan sekali gus menarik perhatian dunia.

No Image Caption

Pengantin lelaki, Anant adalah anak bongsu daripada tiga anak jutawan itu Reliance Industries bertemu jodoh dengan anak taikun farmasi, Viren dan Shaila Merchant. Justeru, perkahwinan ini bukan calang-calang mewahnya!

Daripada buah tangan buat tetamu, atur cara majlis yang mewah hingga pakaian pengantin perempuan, segalanya menjadi perhatian ramai.

No Image Caption

PAKAIAN SULAM BENANG EMAS ASLI

Penampilan memukau Radhika Merchant yang mengenakan baju berhiaskan emas asli memukau para tetamu.

Mengenakan lehenga rekaan pereka fesyen Abu Jani Sandeep Khosla, Radhika menggayakan blaus yang dijahit menggunakan benang emas.

Kemunculan Radhika pada upacara upacara tradisional Hindu turut menjadi tarikan terutama pemakaian barang kemas warisan keluarganya.

Radhika tampil berseri memakai rantai berlian dan zamrud yang terdahulu dipakai oleh kakaknya, Anjali Merchant, pada hari perkahwinannya pada tahun 2020.

Baca juga: Kos RM570 juta, majlis praperkahwinan 3 hari anak bilionair terkaya Asia jadi perhatian dunia

JAM TANGAN HARGA SEBUAH KERETA

No Image Caption

Kemuncak perkahwinan mereka berlangsung selama tiga hari yang bermula Jumaat berlangsung di kediaman 27 tingkat keluarga Ambani dan Pusat Konvensyen Dunia Jio.

Para tetamu dihidangkan dengan sajian istimewa bertaraf lima bintang kepada hiburan bertaraf dunia. Difahamkan 2,500 menu dari pelbagai pelososk dunia disediakan.

Namun, itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan hadiah istimewa yang diterima oleh pengantin lelaki.

Bingkisan buat tetamu juga bukan calang-calang ya! Difahamkan, Anant Ambani telah menyerahkan hadiah mewah iaitu jam tangan Audemars Piguet Royal Royal Oak Perpetual Calendar 18K Rose Gold yang berharganya dikatakan mencecah US$ 200,000 atau sekitar RM934,650 seutas.

Salah satu hantaran yang tular di laman sosial sosial X memaparkan video rakan Anant menunjukkan jam tangan.

"Jangan terkejut sangat. Kerana ia bukan sekadar jam tangan tetapi kasih sayang yang telah diberikan keluarga Ambani," tulisnya pada kapsyen.

MENELAN KOS RM732 JUTA

No Image Caption

Bapa pengantin lelaki, Pengerusi Reliance Industries, Mukesh Ambani merupakan orang ke-10 terkaya di dunia dengan harta AS$115 bilion, menurut Forbes.

Untuk perkahwinan Anant dan Radhika, keluarga itu tidak mendedahkan namun jumlah itu tular selepas pengguna Reddit mendedahkannya.

Dianggarkan, ia menelan belanja sebanyak sekitar AS$600 ribu atau RM2.8 juta, namun perancang perkahwinan menganggarkan mereka telah membelanjakan antara AS$132 juta (RM620 juta) hingga AS$156 juta (RM732 juta).

Biarpun tampak mahal, ia tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan kekayaan keseluruhan Mukesh. Ia dianggarkan hanya menelan belanja hanya 0.5 peratus sahaja!

Mukesh Ambani dan isteri terdahulu menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran untuk 50 pasangan kurang bernasib baik.
Mukesh Ambani dan isteri terdahulu menganjurkan majlis perkahwinan besar-besaran untuk 50 pasangan kurang bernasib baik.

Terdahulu, pasangan muda itu telah meraikan praperkahwinan pada Mac. Antara pengisiannya ialah mengadakan jamuan komuniti termasuk pekerja.

Sumber: Wolipop, X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang