Pernah berhenti belajar, tapi jadi billionaire termuda dunia. Ini kisah pemuda hebat itu

A
A
A

BARANGKALI ada benarnya kata pepatah, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.

Kepintaran Alexandr Wang yang merupakan anak kepada ahli fizik pembuatan senjata nuklear di Amerika Syarikat diiktiraf apabila dinobatkan sebagai self-made billionaire termuda dunia oleh Forbes.

Pemuda yang berusia 25 tahun itu merupakan pengasas bersama sebuah syarikat teknologi, Scale AI yang dibangunkan sejak enam tahun lalu.

Apa yang membuatkan ramai terkesima, syarikat tersebut bernilai $7.3 bilion (RM31.97 bilion) dan meraih jumlah pelaburan yang tinggi, sekali gus menjadikan aset Alexandr sebanyak $1 bilion (RM4.38 bilion)!

Alexandr Wang

Lapor forbes.com, syarikat yang berpangkalan di San Francisco tersebut juga sudah menandatangani tiga kontrak bernilai lebih $350 juta.

Ia (kontrak) meliputi program kecerdasan buatan (AI) untuk keperluan ketenteraan kerana teknologi Scale mampu menganalisis imej satelit dengan lebih tepat dan pantas.

Sebagai contoh, imej kerosakan yang disebabkan bom Rusia di Ukraine dapat dianalisis dengan lebih cepat berbanding penganalisis manusia.

Baca juga Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Alexandr Wang

Selain berkhidmat untuk kerajaan, billionaire muda itu juga sudah membantu 300 syarikat lain termasuk General Motors dan Flexport.

Menarik mengenai kisah Alexandr, walaupun berhenti belajar di Massachusetts Institute of Technology pada usia 19 tahun, namun perancangan untuk memiliki syarikat sendiri tidak pernah terhenti.

Baca juga Dikatakan terlalu kaya, jutawan muda penuh kontroversi ini mahu bantu langsaikan hutang negara

Alexandr Wang

Boleh jadi melihat lubuk rezeki dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) lebih menyakinkan, Alexandr mengembangkan kepakarannya dengan cara berbeza.

Malah, ketika usianya 17 tahun, pemuda genius tersebut berjaya membuktikan kepintaran dalam bidang coding apabila membantu jenama terkemuka seperti Lyft, OpenAI dan Toyota Research Institute.

Baca juga Usaha anak muda ini luar biasa, mampu jadi jutawan pada umur 16 tahun lagi

Alexandr Wang

Scale AI menjadi rebutan industri pengeluaran automotif dunia yang menumpukan projek jentera tanpa pemandu yang berdepan persaingan sengit ketika ini.

Memang hebat anak muda ini! Moga kisah Alexandr menjadi inspirasi buat semua.

Mana tahu, satu hari nanti anak Malaysia juga mampu menandingi kepakaran dalam bidang AI.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang