Pogba, isteri sedondon serba putih sempena Aidiladha, raih perhatian netizen

July 22, 2021
Oleh Azma ML

“Masha-ALLAH, salam from Malaysia.”

Demikian antara komen followers selepas pemain pasukan bola sepak Perancis, Paul Pogba memuat naik sekeping foto bersama isterinya di laman sosial Instagram.


Perkongsian itu menarik perhatian netizen apabila beliau dan isteri yang merupakan bekas model Bolivia, Maria Zulay Salaues tampil sedondon serba putih sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Eid mubarak brothers and sisters,” tulis beliau ringkas.

Ini merupakan tahun ketiga Pogba menitipkan ucapan dan berkongsi busana raya yang digayakan bersama isteri tersayang.

 

 

Baca juga Euro 2020: Tiada Lagi Minuman Keras Di Depan Pemain Islam

Iklan

Setakat artikel ini ditulis, foto tersebut telah mendapat lebih 2.2 juta tanda suka dan 17,000 komen sejak Selasa lalu.

Direkodkan, Pogba berusia 28 tahun mendirikan rumah tangga pada 2019 dan memiliki dua cahaya mata.

Iklan

Bagaimanapun, sehingga kini mereka tidak pernah mendedahkan wajah kedua-dua anaknya di media sosial.

 

Baca juga [VIDEO] Semalam Ronaldo, kini Pogba alihkan minuman keras penaja Euro 2020

Terdahulu, nama Pogba menjadi ‘sebutan’ susulan tindakan beliau mengalihkan minuman alkohol jenama Heineken yang disediakan penaja pada sidang media Euro 2020.

Difahamkan, beliau bertindak sedemikian kerana berpegang teguh pada agama Islam yang melarang umatnya mendekati minuman keras.

Iklan