BAYANGKAN kalau anda ditinggalkan secara sendirian di sebuah pulau misteri yang telah ditinggalkan kosong lebih 300 tahun. Pasti perasaan kita bercampur-baur bukan? Rasa takut dan tertekan itu memang tidak boleh dielakkan.

Itu yang berlaku di Pulau Ellioaey yang terletak di selatan Iceland. Menurut portal antarabangsa, Mirror, pulau itu sebenarnya banyak menyimpan kisah menarik apabila dikatakan menjadi tempat selamat daripada serangan zombi.

Di pulau berkenaan, hanya terdapat sebuah rumah berwarna putih dan bersaiz sederhana yang dikatakan dibina oleh seorang jutawan.

pulau misteri

Di sana, tidak sebarang kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.

Cuma pulau kecil itu dikatakan memiliki sauna yang terhasil daripada sistem pengumpulan air hujan semula jadi.

Menerusi artikel berkenaan, Mirror melaporkan, pulau kecil yang menjadi sebahagian kepulauan Vestmannaeyjar itu dikatakan pernah dihuni 300 tahun dahulu.

Ia dikatakan menjadi lokasi tersorok oleh lima keluarga yang bergantung hidup dengan aktiviti memancing, memburu burung puffin dan memelihara lembu.

Bab lembu ini, SinarPlus agak musykil sedikit. Namun, tidak mengapalah sebab dalam dunia ini sekarang, sudah banyak perkara pelik-pelik berlaku.

Pun demikian, pada tahun 1930-an, Pulau Ellioaey mulai sunyi sepi tanpa manusia selepas semua keluarga tersebut berpindah.

pulau misteri

Ada satu teori yang menyakinkan mengenai pulau tersebut iaitu Persatuan Pemburu Elliöaey menjadikan kawasan itu sebagai pangkalan untuk aktiviti memburu puffin.

Ini kerana habitat puffin dipercayai telah memusnahkan bekalan ikan di perairan tersebut. Ada juga mengatakan pulau tersebut telah menjadi kawasan yang dilindungi demi kelangsungan ekosistem hidupan di sana.

Iklan

Selepas bertahun lamanya, kerajaan di negara itu nampaknya menjadikan Pulau Ellioaey sebagai satu lokasi tumpuan pelancongan ekoran kisah lokasi itu yang menjadi viral meskipun sekali pandang, ia umpama padang jarak padang terkukur.

Dari segi sisi lain, tidak dinafikan keindahan Pulau Ellioaey tersebut cukup memukau pandangan dan mampu memberikan ketenangan.

pulau misteri

Difahamkan, pelancong hanya dibenarkan melawat destinasi itu dalam tempoh sehari sahaja.

Iklan

Jadi, agaknya selepas peraturan rentas negara dimansuhkan, ada tak yang berani berkunjung ke pulau misteri itu?

Selain Pulau Ellioaey, Iceland sebenarnya memiliki banyak pulau kecil yang menjadi perkampungan bangsa Viking yang menerokai kepulauan itu pada abad ke-9.

Jika anda bercadang ke negara itu satu hari nanti, boleh juga bertandang ke destinasi lain seperti di Laugavegur, Reynisfjara Beach (lokasi penggambaran filem Dilwale) dan air terjun terkenal di Skogafoss.