PUNYAI pengikut di media sosial paling ramai, TikTokers terkenal, Khaby Lame menghiburkan orang ramai dengan hanya menggunakan mimik muka.

Nama sebenarnya Khabane Lame, seorang warga Itali menjadi fenomena di aplikasi kesukaan ramai, TikTok.

Mempunyai lebih 147 juta pengikut, pemuda berusia 22 tahun itu mempunyai paling banyak pengikut di media sosial seluruh dunia.

Dia mulanya menjadi tular apabila muat naik video memberi reaksi selamba kepada satu video tutorial mengupas pisang menggunakan pisau. Jika tutorial itu menggunakan pisau, dia hanya mengopek pisang tersebut menggunakan tangan.

Menurut laporan media tempatan, baru-baru ini Lame menyingkirkan personaliti dan penari media sosial Amerika, Charli D’Amelio sekali gus bergelar individu dengan pengikut paling ramai di TikTok.

Lame menjadikan terkenal walaupun videonya itu tanpa sebarang dialog, hanya menggunakan wajah dan mulutnya sahaja untuk memberi reaksi kepada sesuatu video tutorial.

Baca juga Khababe Lame, TikTokers terkenal hanya menggunakan mimik muka

Khaby Lame

Sementara itu, ini fakta mengenai Lame;

1. Lame bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran. Seorang Muslim dan hidup dengan mengamalkan ajaran Islam.

2. Dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali.

3. Dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.

4. Sebelum mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

5. Lame setakat ini mengumpulkan sejumlah 147 juta pengikut di TikTok, mengatasi D’Amelio yang mencatatkan 144.2 juta pengikut.

6. Dia yang merupakan seorang pekerja kilang, hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 pada Mac 2020.

Iklan

7. Apabila bapanya menggesa dia memohon kerja lain, dia menghabiskan berjam-jam setiap hari dengan memuat naik video di TikTok.

Khaby Lame

Baca juga Pernah putus cinta 18 tahun lalu, JLo akhirnya kahwini kekasih lama. “Panggil saya Jennifer Affleck”

8. Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap ‘life hacks’ yang dianggap terlalu rumit.

9. Menurut laporan Courier Area of Sera, Lame sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang.

Iklan

10. Dia juga berhasrat untuk menolong ibu bapanya yang berhijrah ke Itali ketika dia berusia setahun. Lame tidak malu untuk menunjukkan kawasan tempat tinggalnya kerana disitulah tempat dia membesar.

11. Lame tidak menyangka akan menjadi terkenal ketika membuka akaun TikToknya dahulu. Hal ini kerana, aplikasi itu hanya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani yang ‘lock down’ ditetapkan.

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan mimik muka tanpa mengeluarkan suara, Khaby Lame mampu menjadi terkenal dan memperoleh pendapatan yang lumayan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.