MELIHATKAN wajah mereka bertiga nampak seiras, pasti ramai yang terlintas bahawa kesemuanya adik beradik mahupun kawan baik.

Siapa sangka, rupa-rupanya mereka ini ialah ibu dan anak.

Menurut Mirror UK, wanita bernama Sahar Darwazeh telah disalah anggap sebagai kembar kepada anaknya yang berusia 24 tahun.

Masakan tidaknya, wanita kelahiran Jordan itu tetap cantik dan awet muda biarpun sudah memasuki usia 46 tahun!

Kisah Sahar (kanan sekali) dikatakan viral selepas muncul dalam video TikTok bersama anak kembarnya, Dana dan Juana Naseer.

Baca ni ‘Tangan bau asam pedas, pakej mekap.’ Gelagat lucu Fattah Amin solek Fazura bikin ramai terhibur

Kisah Sahar dikatakan viral selepas muncul dalam video TikTok bersama anak kembarnya, Dana dan Juana Naseer.

Video itu dikongsi oleh Dana yang juga graduan jurusan Pemasaran Perniagaan dan Keusahawanan.

Menerusi kapsyennya, Dana bertanyakan kepada orang ramai sama ada mereka kelihatan sama.

Rata-rata mengatakan ya dan menyangka mereka kembar.

Apabila beliau memperkenalkan diri sebagai ibu kepada dua anak gadisnya, ramai yang terkejut dan kagum dengan kejelitaan yang dimiliki Sahar.

Dana berkata, rupa paras mereka yang nampak seiras membuatkan ramai terus membuat kesimpulan bahawa kesemuanya ialah pasangan kembar tiga.

Dua beradik, Dana dan Juana.

“Saya dan Juana (kembarnya) sangat bertuah kerana memiliki ibu yang sangat jelita, sihat dan boleh bersantai bersama kami seperti kawan karib,” ungkap Dana lagi.

Dengan lebih daripada 43,000 pengikut TikTok dan 32,500 pengikut Instagram, Dana kerap berkongsi tentang semua perkara termasuklah, makanan, fesyen dan kehidupannya di London dan Jordan.

Iklan

Dana yang baru melancarkan jenama sambungan rambutnya sendiri, sebelum ini sering memuat naik video bersama kembarnya, Juana hanya sekadar seronok-seronok.

Baca lagi ‘Comelnya, macam anak mat saleh. Rezeki tu.’ Miliki dua anak perempuan albino, ibu ini luah rasa syukur!

Malah, beliau juga ada memuat naik video dengan ibunya.

Pun demikian, mereka tidak menduga para pengikut sangat suka setiap kali status yang melibatkan ibu tersayang dimuat naik.

Seronok kan bila orang cakap muka macam adik beradik, padahal ibu dan anak. 😅

Iklan

Sumber: Mirror.ukdananasser0

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi