MAKANAN ringan berasaskan keropok sayur-sayuran seperti kentang, jagung, kacang hijau dan banyak lagi sentiasa menjadi pilihan ramai tidak mengira usia.

Sama ada dimakan secara santai bersama kawan-kawan, ketika menonton wayang atau aktiviti riadah, keropok garing pelbagai perisa itu memang ada peminatnya sendiri.

Jika di Malaysia, antara jenama makanan ringan popular seperti Super Ring, Green Pea Snack, Twisties, Rostik, Mamee Monsters, Tam Tam dan banyak lagi.

Buat peminat makanan ringan, pernahkah anda terfikir akan dibayar lebih RM80,000 semata-mata hanya disebabkan kepingan keropok yang rare?

Contohnya, terjumpa kepingan keropok jenama A atau B yang bentuknya lain daripada lain.

Percaya atau tidak, di Amerika Syarikat, seorang remaja dibayar sebanyak $20,000 (RM84,760) hanya kerana menemukan kepingan Doritos yang sedikit berbeza.

Biasanya Doritos yang semakin terkenal dalam kalangan penggemar snek hanyalah kepingan tortilla dipotong nipis dan leper.

Namun, apabila empingan jagung kembung itu ditemui dalam keadaan ‘kembung’, ia disifatkan sesuatu yang luar biasa!

doritos

Lapor @nowthisnews dalam akaun Twitter, seorang remaja perempuan yang bernama Rylee Stuart, 13, telah menjumpai kepingan Doritos ‘pelik’ itu dan kemudian memuat naiknya dalam akaun TikToknya.

Remaja berusia 13 tahun itu turut bertanyakan kepada pengguna TikTok yang lain sama ada mahu dimakan atau dijual?

Hantarannya itu mendapat sambutan apabila menerima pelbagai reaksi dan lebih 11 juta tontonan.

doritos

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Masakan tidak, ramai yang mencadangkan Stuart supaya melelongnya di eBay.

Barangkali hanya mahu mencuba nasib, remaja itu kemudiannya menawarkan Doritos ‘kembung’ itu pada harga permulaan $0.99 (RM4) dan nilai itu semakin lama semakin tinggi.

Siapa sangka, harga sekeping Doritos itu menjadi $5,000 (RM21,147.50) dalam tempoh dua jam!

doritosPenemuan tersebut turut menarik perhatian syarikat Doritos yang kemudiannya membayar jumlah bidaan sebanyak RM84,760.

Iklan

Itulah yang dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka, meskipun ramai mempertikaikan kenapa perlu membayar sejumlah wang untuk sesuatu seperti itu?

Namun, kita tidak boleh menidakkan penilaian orang terhadap barangan jarang-jarang berlaku

Agaknya apa yang dibuat oleh Stuart dengan wang sebanyak itu ya?

Apa-apapun, bak kata orang, kalau sudah rezeki, tak ke mana.