Rindu Malaysia, lelaki India buka kedai tomyam di tanah air sendiri. 'Ada nasi lemak, apam balik, soto...'

No Image Caption
A
A
A

BEKERJA di Malaysia benar memahatkan kenangan yang  sukar dilupakan buat lelaki ini. Bukan sekadar tempat mencari rezeki, negara ini memperkenalkan kepadanya pelbagai rasa, budaya dan masakan tempatan.

Tular video yang memaparkan sebuah kedai dipercayai milik bekas pekerja asing itu di daerah Ramanathapuram, yang terletak di negeri Tamil Nadu, India. Sekali gus menggambarkan jatuh cintanya kepada makanan tempatan Malaysia.

Menerusi video berdurasi satu minit 12 saat, pemuda dikenali menerusi akaun laman sosial Kani Boy dikatakan pernah bekerja di Malaysia sebelum dia pulang semula ke India.

No Image Caption

Kini, impian itu menjadi nyata. Dengan semangat yang dibawa pulang, lelaki itu membuka sebuah kedai makan yang menawarkan pelbagai menu, termasuk tomyam yang kini menjadi tarikan utama pelanggan di kampung halamannya.

Tidak hanya menu tersebut, kedai dinamakan Tomyam Malaysia yang mula beroperasi pada 2 Julai 2025 menyajikan mi goreng, rojak, apam balik, sate, mee sotong dan nasi lemak ayam goreng berempah!

No Image Caption

Kani yang mahir menebar roti canai mendedahkan, restorannya menerima sambutan menggalakkan daripada warga tempatan di sana yang dilihat menyerbu untuk mencuba sendiri makanan Asia yang tersohor di Malaysia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi positif melihat impian lelaki itu menjadi kenyataan. Malah imej Malaysia begitu popular di sana.

"Good job Kani Boy, semoga maju jaya."

"Ada juga orang tanya kenapa letak Tomyam Malaysia padahal ia asal dari Thai. Dia kata ilmu dapat dari Malaysia bukan Thai. Terharu saya."

"Kemahiran yang menguntungkan. Buka bisnes makanan yang tiada di India. Unik."

"Ini bagus, dia guna pengalaman semasa merantau sebaik mungkin. Pes tomyam senang ada sahaja jual di mana-mana. Paling susah mungkin sambal nasi lemak."

Sumber: Facebook & TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang