Rumah paling sunyi di dunia, ini kisah misteri di sebalik Ball House di Pulau Ellidaey, Iceland

A
A
A

FOTO sebuah banglo yang terletak di pulau terpencil di Iceland menjadi sensasi di media sosial baru-baru ini apabila dikatakan rumah paling sunyi di dunia.

Mana tidaknya, tidak kemudahan lain selain kediaman yang dicat putih yang berada di kawasan lembah bukit Pulau Ellidaey tersebut sekali gus menjadi tanda tanya ramai orang.

Lapor onmanorama.com, kawasan tersebut kelihatan sangat sunyi dengan keindahan rumput menghijau tanpa sebarang kelibat manusia atau bangunan lain.

Agak menarik perhatian apabila rumah tersebut menjadi tumpuan para pelaut atau kapal layar yang melalui perairan utara kepulauan Westman menuju selatan Iceland.

No Image Caption

Jika merujuk fakta dikongsikan, Pulau Ellidaey merupakan pulau ketiga terbesar daripada 18 keseluruhan yang ada dalam kepulauan Westman berkenaan.

Lagi satu, tiada hidupan lain dikenal pasti di kawasan pulau terpencil itu kecuali spesies burung Nordic yang dipanggil puffin yang comel.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Nak dijadikan cerita, rumah persinggahan misteri itu popular dengan gelaran Ball House yang dipercayai dibina oleh seorang hartawan yang menjadikan pulau itu sebagai lokasi selamat jika berlaku kiamat.

Pun begitu, rumah tersebut menjadi terkenal selepas dikatakan menjadi pondok memburu oleh Persatuan Memburu Ellidaey 1953 sehingga menyebabkan ramai yang singgah ke sana untuk mencari puffin.

No Image Caption

Makmal saintis?

Apa yang lebih misteri, terdapat peti simpanan perkakas lama dan bengkel di atas bukit yang terletak bertentangan dengan rumah tersebut.

No Image Caption

Ia dikatakan dipenuhi perkakas makmal milik saintis yang menetap di sana untuk menjalankan kajian rahsia.

Meski pulau itu dilaporkan terbiar tanpa penghuni untuk tempoh yang lama, namun sebenarnya ia pernah dihuni oleh lima keluarga sebelum ini.

No Image Caption

Penginap terakhir dikatakan meninggalkan pulau itu pada tahun 1930-an dan kini menjadi harta kepada persatuan memburu tersebut.

Pelancong dibenarkan untuk singgah ke pulau berkenaan dengan menaiki bot laju di pulau berhampiran.

No Image Caption

Namun hanya mereka yang cekal jer sanggup ke sana bila terpaksa meredah ombak ganas dan suhu terlampau sejuk.

Lagi satu, mereka yang ingin ke sana perlu melompat ke lereng batu sebelum memanjat tali untuk sampai ke puncak.

No Image Caption

Laluan denai yang cantik menuju ke rumah tersebut membolehkan pengunjung menikmati panorama indah pulau itu yang diselaputi kabus tebal.

Menariknya, banglo setingkat itu mempunyai semua kemudahan seperti sofa yang selesa, dapur memasak, ruang makan lengkap meja dan kerusi.

Kebanyakan pengunjung yang datang turut mengabadikan nama masing-masing dalam buku log tetamu yang tersedia di rumah tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang