Saiz badan mengembang dalam masa setahun, tekanan tempat kerja jadi punca utama
DI tengah hiruk-pikuk kota besar China, tekanan kerja seolah-olah telah menjadi asam garam dalam kehidupan seharian
Seorang wanita bernama Ouyang Wenjing mendedahkan waktu kerja yang panjang dan gaya hidup tidak teratur antara punca utama berat badannya meningkat.
Wenjing mendakwa berat badannya meningkat sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.
Dalam tempoh itu, Wenjing yang menetap di wilayah Guandong di selatan China menyedari kenaikan berat badannya yang signifikan iaitu dari 60kg ke 80kg.
Tanpa memperincikan jawatan dan tempat kerjanya, wanita berusia 24 tahun itu berkata, perkerjaannya ketika itu menjadi 'bencana' kepada kesihatan fizikal dan mental.
Disebabkan waktu bekerja yang tidak menentu, beliau terpaksa mengabaikan pola makanan sihat.
Tambahnya, makanan segera menjadi pilihan utama bagi mengatasi rasa lapar ketika kesibukan bekerja dengan membuat pesanan menerusi aplikasi penghantar makanan.
Wenjing tidak begitu selesa dengan beratnya ketika itu dan memutuskan untuk kembali ke berat badan ideal dengan berhenti kerja pada Jun lalu.
Keputusan berani itu membuahkan hasil selepas Wenjing menyatakan kesihatan dan berat badannya semakin baik dari semasa ke semasa.
Pengalaman dikongsikan Wenjing mendapat sokongan netizen lain yang bersetuju bahawa obesiti disebabkan kerja berlebihan boleh menyebabkan tubuh badan mereka meningkat dengan mendadak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang