MAJIKAN yang bagus sentiasa menjaga kebajikan pekerja. Tak kiralah saiz syarikat kecil atau besar, benda remeh kalau diambil berat memang boleh buat staf rasa dihargai.

Lagi pula kalau bos jenis yang suka bagi imbuhan atau bonus dalam bentuk duit, hadiah atau kelas-kelas percuma, comfirm ramai kakitangan sayang.

Sebuah syarikat, Nutrition Solutions yang terletak di Florida, Amerika Syarikat, misalnya mencetuskan fenomena di media sosial apabila sanggup membayar gaji lebih untuk kakitangan mereka.

Lapor portal CNBC, organisasi yang menawarkan pelan pemakanan sihat berasaskan nutrisi itu menyediakan kelas senaman khas untuk pekerja mereka kekal fit.

majikan ekstra gaji

Siap offer duit ekstra kepada mereka yang berminat untuk mengikuti kelas exercise yang diadakan pada setiap Rabu dan Jumaat.

Lagi best, terdapat tambahan insentif iaitu day off untuk pekerja tenangkan fikiran. Senang cakap, cuti khas itu diwujudkan untuk kesihatan mental. Memang wow!

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nutrition Solutions, Chris Cavallini berkata, tawaran itu sangat menarik kerana ia percuma dan ditambah dengan ‘dorongan’ mengujakan.

“Jika mereka ikuti kelas tersebut, ia bermakna mereka sentiasa bersedia dan cergas. Bahkan, setiap pekerja tak kira pangkat dibayar gaji tambahan untuk berada di sana.

majikan ekstra gaji

“Duit poket tersebut akan dimasukkan ke dalam gaji mereka seperti mana masa mereka bekerja. Cuma ada lebihan sedikit untuk komitmen dua hari tersebut,” katanya.

Percayalah, kalau bab percuma dan dapat extra money, memang ramai yang akan grab, kan?

Apatah lagi kalau buat di tempat kerja, lagilah ramai yang suka.

majikan ekstra gaji

Ujar Cavallini, peluang keemasan itu memang memberi kelebihan buat pekerja kerana mereka boleh menyihatkan badan dan tambah duit sampingan.

Baca juga 27 tahun setia berkhidmat, majikan dipuji murah hati taja staf tunai umrah

“Setiap pekerja mempunyai autonomi untuk pergi sekerap mana pun sesi, bergantung kepada komitmen mereka. Kalau rajin, pergilah selalu sebab di dalam waktu bekerja.

“Jadi, selepas habis bekerja, mereka boleh pulang ke rumah untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan orang tersayang,” katanya lagi.

majikan ekstra gaji

Uniknya, setiap sesi latihan disusun bermula senaman untuk menurunkan berat badan, larian outdoor dan latihan ketahanan mental seperti berendam di dalam bekas penuh ais.

Tatkala ditanya bagaimana idea tersebut tercetus? Cavallini memberitahu, beliau mengambil inspirasi daripada konsep latihan ketenteraan yang mana setiap staf dibayar untuk melatih dan kekal cerdas.

majikan ekstra gaji

Iklan

 

“Senaman berdasarkan disiplin itu dilihat boleh mengubah budaya kerja dan meningkatkan prestasi kerja secara keseluruhan. Saya percaya kunci untuk menjalani kehidupan yang kuat ialah mempunyai minda yang kuat.

Baca juga Kilang tutup 5 hari, Khairul Aming bawa 60 staf makan angin di Langkawi, duduk hotel lima bintang, memang majikan contoh!

“Jadi, saya terfikir untuk mencipta dan membina minda yang kuat, kita perlu membina badan yang kuat terlebih dahulu,” katanya yang mahu melabur terhadap kesejahteraan pekerjanya sebelum jenama itu berkembang lebih jauh.

majikan ekstra gaji

Cavallini juga berazam untuk menjadikan setiap pekerja sebagai aset yang dapat menonjolkan diri yang sihat, cergas dan paling dominan untuk menangkis tekanan.

Setakat artikel ini ditulis, seramai 40 kakitangan syarikat itu menyertai inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun 2016.

Iklan

Bayangkan kalau idea tersebut dilaksanakan oleh majikan di negara kita. Mesti ramai yang teruja sebab luangkan masa untuk bersenam bersama rakan sekerja.

majikan ekstra gaji

Lagi satu, boleh jimat duit saku sebab tak perlu nak bayar caj yuran bulanan dan lantik jurulatih profesional,kan?

Benda baik tak salah kalau kita contohi. Bolehlah kurangkan isu obesiti dalam kalangan rakyat di Malaysia. Betul tak betul?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!