Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah, ini kronologi kes

A
A
A

SEBELUM ini, dunia dikejutkan dengan pembunuhan seorang pelajar sekolah oleh seorang buruh binaan gara-gara diupah rakan sendiri yang berlaku di Lampung, Indonesia.

Baru-baru ini, negara tanah seberang itu digemparkan lagi dengan kejadian menyedihkan yang berlaku di wilayah yang sama membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun.

Apa yang membuatkan netizen sebak dan berang apabila budak lelaki itu dibunuh oleh ibu tirinya gara-gara marahkan suaminya yang enggan berpindah dari rumah mertuanya.

 Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah

Kronologi kejadian tersebut cukup memilukan apabila wanita berusia 24 tahun yang dikenali dengan nama Linda tergamak untuk menamatkan riwayat anak kecil tidak berdosa.

Lapor kompas.com, dalam kejadian yang berlaku pada 13 November lalu itu, mangsa dikatakan sedang bergaduh dengan adik tirinya kerana berebutkan kereta mainan.

Baca juga Tragedi kanak-kanak perempuan 2 tahun dipukul sehingga mati oleh ibu kandung dan bapa tiri…

Suspek dikatakan marah dan kemudiannya menolak mangsa dengan kasar hingga kepalanya terlanggar dinding sebelum jatuh ke lantai.

Meskipun melihat anak tirinya yang mengalami kekejangan secara tiba-tiba, suspek yang berniat untuk membunuh kemudiannya menutup mulut dan hidung mangsa menggunakan tangan selama 20 minit.

 Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah

Saat itu, kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawa lagi.

Kekejaman suspek tidak terhenti setakat itu sahaja. Suspek kemudiannya meletakkan mangsa di bilik dan mengiring tubuhnya ke arah dinding seolah-olah kanak-kanak itu sedang tidur.

Selepas selesai membersihkan tangan yang penuh dengan darah, suspek kemudiannya tidur seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Baca juga Budak 4 tahun tak tahu guna tandas maut dibelasah bapa tiri, ini kronologi kejadian

Suami suspek yang pulang bekerja pada lewat malam tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan selepas menjenguk mangsa di bilik dan terus tidur seperti biasa.

Pun begitu, beliau hairan anaknya masih tidak bangun tidur seperti kebiasaan. Lelaki itu segera datang ke bilik untuk mengejutkan permata hatinya.

 Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah

Sebaik diperiksa, anaknya sudah pun kaku dengan keadaan mulut, hidung, mata dan telinganya mengeluarkan banyak darah.

Gara-gara terlalu terkejut, lelaki tersebut mendapatkan bantuan daripada jiran untuk mengangkat mangsa sebelum melaporkan kejadian menyedihkan kepada pihak polis.

Baca juga Sadis, kanak-kanak 10 tahun dirogol, dibunuh, disumbat ke dalam guni selepas pulang mengaji. Kisah ini buat ramai sebak

Dalam kekecohan itu, suspek masih lagi berpura-pura tidak tahu-menahu mengenai keadaan anak tirinya sebelum disoal siasat pihak polis.

Pun begitu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Akhirnya wanita kejam tersebut mengaku bersalah selepas siasatan polis mempunyai bukti kukuh.

 Sanggup bunuh anak tiri gara-gara marahkan suami enggan pindah rumah

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Wanita itu mengakui dirinya kecewa dan marahkan dengan suaminya sehingga sanggup melampiaskan semua kemarahannya kepada mangsa.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara seumur hidup!

Aduhai, gara-gara amarah yang dipendam, anak menjadi mangsa. Benda boleh bawa bincang, kenapa sampai membunuh?

Amanah ALLAH sepatutnya dijaga dengan baik, bukannya diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

Moga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua. #kitalaluibersama #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang