BARU-BARU ini, kecoh menerusi media sosial mengenai satu dokumentari kisah benar mengenai pembunuhan seorang wanita, Shanann Watts dan dua anaknya oleh suami yang disangka hero keluarga itu.

SinarPlus memetik intipati dokumentari itu menerusi Facebook Marliya Ramli.

Dalam entrinya, Marliya berkata, kisah American Murder: The Family Next Door yang kini trending selepas disiarkan di rangkaian Netflix itu adalah kes yang berlaku di Frederick, Colorado, Amerika Syarikat.

Shanann Chris Watt

Ia disifatkan bukan satu jenayah yang biasa-biasa!

Hanya menggunakan rakaman kamera litar tertutup, sedutan berita dan rakaman video yang dikongsikan dalam media sosial, kisah tragis yang menimpa wanita berusia 34 tahun itu telah membuka mata ramai pihak bahawa kisah kebahagian mereka, hanyalah satu ilusi semata-mata.

Memiliki skandal dan diisytihar muflis bukanlah sesuatu terburuk tetapi tindakan ketidakperikemanusiaan seorang lelaki yang sanggup membunuh anak kecil yang menjadi tanda tanya.

Shanann Chris Watt
KES pembunuhan Shanann Watts yang mengandung empat bulan dan dua anaknya menerima liputan meluas media antarabangsa dan tempatan sejak tahun 2018. Foto Internet.

Suami terbaik di dunia dan dianggap hero paling gagah itu rupa-rupanya sanggup membuang jauh-jauh isteri yang sedang mengandung empat bulan dan dua anaknya demi skandal yang menanti.

Antara plot kisah pembunuhan itu adalah:

“Suatu pagi, Shannan yang mengandung empat bulan baru pulang dari outstation dan dibunuh oleh suami yang paling dicintai. Dicekik sehingga hilang nyawa oleh seorang lelaki yang dianggap pelindung nyawa.

Hingga ke hujung nyawa, Shanann tidak mengenali siapa Nichol yang telah merampas kewarasan suaminya. Shanann tidak mengetahui betapa benarnya syak wasangka dia kebelakangan ini bahawa suami sedang menduakan cinta.

Shanann Chris Watt
SANGGUP membunuh demi skandal. Chris Watts kini menjalani hukuman penjara seumur hidup. Foto Internet.

Namun…ini bukanlah sesuatu yang terburuk!

Di hadapan dua anak mereka yang berusia 3 dan 4 tahun, mayat Shanann diseret ke dalam trak. Dihumban ke dalam timbusan tanah dalam keadaan tubuhnya terbalik. Bayi kandungan yang bakal dinamakan Nico Lee dikatakan terkeluar dari tubuh Shanann.

Namun… ini bukanlah sesuatu yang terburuk!

Dua anak kecil yang tidak berdosa dibunuh setiap seorang dan dibuang ke dalam tangki besar (digelar bateri).

Iklan

Shanann Chris Watt

Dimulakan dengan adik Celeste dan kemudiannya Bella merayu “no daddy”… Bella si kakak berharap bapa yang dianggap hero tidak membunuhnya. Tidak membuang dia ke dalam bateri seperti adik kecilnya.

Namun, Chris tidak lagi peduli. Shanann, Bella dan Celeste perlu dihapuskan segera agar dia dapat bersama dengan Nichol, kekasih yang amat dicintai. Isteri dan dua anak ini menjadi penghalang cinta yang baru dimiliki beberapa bulan ini.”

Kejam sungguh. Benarlah kisah itu bukannya rekaan. Agak menakutkan apabila seorang suami yang dipuja sanggup menjadi pembunuh kerana kegagalan kewangan dan kehadiran orang ketiga.

Shanann Chris Watt

Iklan

Marliya sempat menitipkan pesanan buat diri dan semua rakan Facebook supaya:

1) Hiduplah seadanya di bawah kemampuan sentiasa. Bila kewangan kukuh, ia mengurangkan tekanan dalam rumah tangga.

2) Jika sudah tiada cinta, berterus-terang dan berbincang. Jangan diam-diam hingga menghilangkan kewarasan minda.

Pesanan SinarPlus, jadikan kisah benar ini sebagai iktibar dalam kehidupan berumah tangga.

Benar, kalau sudah tawar hati dengan pasangan masing-masing, berterus-terang. Kadang-kadang perpisahan itu membawa sinar daripada sirna.