BARANGKALI nama Ali Landi kurang dikenali ramai, namun percayalah pengorbanan remaja berusia 15 tahun itu cukup besar.

Meskipun usia pemuda beragama Islam itu masih muda, namun dirinya tidak betah berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat jirannya dalam kesusahan.

Seperti yang dikongsikan dalam beberapa artikel, Ali dikatakan sanggup merempuh api demi menyelamatkan seorang nenek berusia 80 tahun yang terperangkap dalam kebakaran.

ali landi

Ya! Bayangkan dengan api marak, sesiapapun tidak sanggup untuk merempuhnya kerana boleh membahayakan nyawa sendiri.

Namun, Ali selayaknya digelar sebagai anak yang hebat dan berani.

Mana tidaknya, bagaikan filem aksi, remaja itu berjaya membawa keluar warga emas itu sekali gus membuatkan orang ramai sebak.

Lapor aa.com.tr, insiden kebakaran tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di sebuah perkampungan Izeh di wilayah Khuzestan, Iraq pada 9 September lalu.

ali landi

Dalam kejadian itu, Ali mengalami luka teruk dan dikejarkan ke hospital di wilayah Khuzestan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sayangnya, keadaan kesihatan remaja lelaki berkenaan semakin memburuk dan terpaksa dibawa ke sebuah hospital di wilayah Isfahan pula.

Ali yang bertarung nyawa lebih dua minggu akibat kesan melecur 90 peratus seluruh badannya itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu.

ali landi

Aduhai sedihnya. Berita pemergian remaja tersebut membuatkan ramai sebak.

Iklan

Kisah keberanian pemuda berhati luhur tersebut juga menjentik perasaan pemimpin negara itu apabila Presiden Iraq, Ebrahim Raisi turut mengangkat beliau sebagai wira negara.

Baca juga Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Lebih membanggakan, kisah keberanian Ali turut diceritakan melalui seni dan sastera sebagai sumber inspirasi generasi muda akan datang.

Sudah pasti, sejuk perut ibu yang mengandungkan remaja tersebut dan namanya terus menjadi sebutan atas kebaikan yang dilakukan.

ali landi

Iklan

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan pemuda itu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit kerana nyawa tiada galang gantinya.

Semoga semua orang yang membaca artikel ini, khususnya anak muda dapat menjiwai keluhuran jiwa Ali yang sentiasa berbakti kepada orang tua hingga ke hujung nyawanya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mungkin kisah anak muda itu dijadikan inspirasi kepada kita semua.

Berkasih sayanglah dan menghormati jiran tetangga khususnya mereka yang lebih berusia. #kitalaluibersama #kitajagakita