TAK dinafikan, kehidupan seorang penuntut di institusi pengajian tinggi agak membebankan lebih-lebih lagi jika menetap di kawasan bandar.

Boleh dikatakan kos sewa bilik, makan minum dan pengangkutan pada zaman sekarang ni, semuanya mahal.

Jika menerima biasiswa kerajaan atau pembiayaan peribadi, mungkin tak terasa sangat nak bayar semua itu.

Bayangkan, berapa baki duit yang tinggal selepas langsaikan bayaran sewa bilik untuk sebulan?

Itu belum kira kos nak bayar buku tambahan dan projek wajib sepanjang semester.

rumah mini penuntut

Percaya atau tidak, seorang penuntut kolej di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat sanggup bina rumah mini sendiri semata-mata untuk menjimat kos.

Lapor inspiredstories.net, pemuda bernama Bradley membawakan idea brilliant untuk jimatkan lebih banyak wang tanpa perlu bayar sewa rumah.

Beliau yang rajin berkongsi setiap detail pembinaan tersebut di media sosial memang gigih membina rumah beroda dengan kudrat sendiri.

rumah mini penuntut

Apa yang lebih menarik, binaan minimalis bernilai RM67,282 itu dengan stail terbuka memang nampak kelas.

Keluasan rumah tersebut hanya 27 x 8.5 kaki persegi sahaja dengan kemasan lantai jenis vinyl.

Baca juga Peruntuk lebih kurang RM120,000 untuk bina rumah stail kontena. Siap ada kafe mini lagi

Sekali pandang, memang tak nampak saiz sebenar yang kecil dek kerana dikaburi dengan reka bentuk tingkap gergasi.

rumah mini penuntut

Berbaloi dengan bajet yang dikeluarkan, kediaman tersebut lengkap dengan ruang masak, bilik air dan tempat tidur yang selesa.

BAYAR CASH

Memetik perkongsian Bradley dalam sesi temu bual bersama Living Big in a Tiny House, Bradley berkata, beliau sudah tak sanggup membayar sewa yang tinggi.

“Sejak dari sekolah menengah, saya sudah hidup menyewa dan semakin lama, ia sangat membebankan.

Iklan

rumah mini penuntut

“Jadi, saya sanggup bayar cash untuk barang-barang mentah dan bina rumah sendiri, rasanya lebih berbaloi,” katanya.

Memang hebat idea rumah tiny yang lengkap dengan kemudahan. Boleh bayangkan tak kalau di Malaysia, ada konsep seperti itu?

Baca juga Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menarik

Cuma rasanya tak ramai student yang buat kaedah sedemikian kerana lebih selesa sewa bilik dengan rakan beramai-ramai.

rumah mini penuntut

Iklan

Apapun, idea rumah mini memang menarik bagi mereka yang tak memiliki tanah sendiri.

Jika ditanya konsep kediaman comel yang dikembangkan di negara Barat, adakah ia sesuai dengan selera orang kita?

Jadi, jangan lupa kongsikan komen kalian di ruang komen kami.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.