SANGGUP melepaskan gaji bernilai lebih RM157,000 setahun, seorang wanita yang sudah bergelar jutawan membuktikan hobi membeli-belah boleh menjana pendapatan lumayan.

Siapa sangka, hanya bermula daripada minat suka shopping dalam talian membuatkan Tori Gerbig, 35, mampu meraih pendapatan terkini bernilai RM632.7 juta.

Wanita berasal dari Bowling Green, Kentucky, Amerika Syarikat itu pada mulanya bekerja sebagai ejen insurans sahaja.

Disebabkan taasub dengan jualan dalam talian, beliau aktif ‘cuci mata’ dengan melihat aksesori dan baju yang dijual melalui gedung online terkemuka seperti eBay.

jutawan wanita

Boleh dikatakan ia dilakukan pada setiap hari!

Memetik perkongsian Gerbig yang dilaporkan oleh CNBC, beliau yang memulakan perniagaan yang dinamakan sebagai Pink Lily pada tahun 2014 itu bersama suaminya.

“Sebelum terlibat dalam perniagaan e-dagang, saya suka membeli baju atau aksesori dengan fesyen yang mampu milik tapi semakin saya cari, nampaknya tak banyak pilihan pada harga berpatutan.

“Sebab itu, tercetus idea untuk mewujudkan platform jualan untuk mereka yang mahu bergaya dengan bajet yang lebih murah,” katanya.

jutawan wanita

jutawan wanita

Setakat artikel ini ditulis, ibu kepada tiga cahaya mata itu berjaya mengusahakan gedung fesyen dalam talian secara sepenuh masa dengan rekod jualan lebih 11,000 item setiap hari.

5 PETUA

Graduan Universiti Western Kentucky itu juga tidak lokek berkongsi tip kejayaan yang boleh dikongsikan dengan semua.

jutawan wanita

Kata beliau, sebelum memulakan sesuatu perniagaan, langkah pertama yang paling penting untuk diambil kira adalah pelan bisnes.

“Kita tak perlukan satu rancangan perniagaan yang sempurna, tetapi kena sentiasa ‘berubah’ mengikut peredaran zaman. Paling penting minat dan membina hubungan dengan pelanggan khususnya wanita supaya mereka yakin dengan pilihan fesyen walaupun harga bajet.

jutawan wanita

“Sebab itu, kami sentiasa bereksperimen dengan pilihan pakaian dan aksesori mengikut cita rasa pengguna. Sedikit demi sedikit jumlah pelanggan meningkat menjadi lebih 10,000 orang dalam tempoh singkat,” katanya.

Selain bijak memanfaatkan kepakaran dalam bidang jualan dan media sosial sambil dibantu suaminya, Chris yang handal bab kewangan, perniagaan yang dibina lapan tahun sudah nampak hasilnya.

jutawan wanita

Pasti ramai tertanya-tanya rahsia kejayaan Gerbig yang mampu meletakkan Pink Lily sebaris platform jualan online terkemuka, berikut lima petua yang dikongsikan:

1. Kenal pasti identiti produk dan kehendak pengguna

Gerbig menekankan kepada semua supaya mengenal pasti jenis produk yang mahu dijual, senaraikan jenama yang menjual item yang serupa dan fahami jurang pasaran sedia ada.

Iklan

2. Pelanggan ideal

Kenal pasti sasaran pelanggan yang sesuai dengan pelan bisnes iaitu mengambil kira aspek fesyen, trend, kualiti dan pilihan saiz yang pelbagai yang mana semuanya boleh diakses pada harga lebih berbaloi.

jutawan wanita

3. Berbeza berbanding jenama lain

Tip yang paling penting demi membawa identiti produk yang unik dan lain daripada lain manakala harga yang ditawarkan juga tidak lebih bernilai USD50 (RM224.35).

4. Bersedia untuk skala lebih besar

Sentiasa kemas kini strategi pemasaran untuk prospek yang lebih luas dan bagaimana cara terbaik untuk mengekalkan kesetiaan pengguna dengan nilai yang ditawarkan.

jutawan wanita

Iklan

5. Strategi media sosial

Sentiasa bijak memanfaatkan kelebihan media sosial untuk terus berhubung dengan pelanggan sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh seminggu.

Bagi kalian yang bercita-cita mahu menjadi seorang peniaga online yang berjaya, bolehlah cuba resipi kejayaan yang dikongsikan.

jutawan wanita

Paling penting, kena rajin berusaha dan jangan sesekali putus asa di tengah jalan setiap kali diduga cabaran ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan