Sayunya! Kisah sedih di sebalik pingat emas atlet rejam lembing, sekampung kumpul duit hantarnya ke Sukan Olimpik

No Image Caption
A
A
A

SUKAN Olimpik menyimpan pelbagai kisah suka dan duka. Setiap kali tiba acara berprestij yang berlangsung empat tahun sekali ini, bermacam kisah pengorbanan di sebalik kejayaan terkuak hingga mengundang air mata.

Seperti kisah atlet rejam lembing Pakistan yang meraih pingat emas Kisah Arshad Nadeem. Kejayaannya menghadiahkan pingat Sukan Olimpik pertama kepada Pakistan selepas 32 tahun.

Mencatat lontaran 92.7 meternya dalam perlawanan akhir lembing juga merupakan rekod baharu Olimpik.

Warga X menyifatkan lontaran Arshad sebagai 'roket.'
Warga X menyifatkan lontaran Arshad sebagai 'roket.'

Perjalanan atlet berusia 27 tahun itu ke Paris tidak mudah. Biarpun dihimpit isu pembiayaan yang terhad dan kekurangan sokongan, semangatnya tetap utuh.

Arshad dilaporkan tidak mempunyai wang yang cukup. Bapanya, Muhammad Ashraf yang bekerja sebagai pekerja pembinaan enggan menyerah kepada keadaan berusaha agar anak lelakinya itu berjaya.

Bapa Arshad, Mohammad Ashraf dalam satu temu ramah bersama media.
Bapa Arshad, Mohammad Ashraf dalam satu temu ramah bersama media.

Lelaki berkenaan bertindak membuat kutipan derma agar anaknya boleh berlatih dan mendalami sukan itu.

“Orang ramai tidak tahu bagaimana Arshad sampai ke tahap ini hari ini.

"Bagaimana rakan-rakan sekampung dan saudara-maranya pernah menderma wang supaya dia boleh mengikuti latihan dan acara pada zaman awalnya,” dedah Muhammad Ashraf.

No Image Caption

Sementara itu, abangnya Shahid berkata, adiknya hanya pemain kampung, namun ALLAH membawanya ke Sukan Olimpik.

"Jangan tanya tentang kesukaran itu. Tiada kemudahan hospital, padang sukan atau gim berhampiran kami.

"Walaupun tiada kemudahan, Arshad berjanji pada dirinya akan membawa pingat itu. ALLAH memilihnya daripada berjuta-juta yang lain,” kata Shahid

Hidup dengan kemampuan yang terhad, keluarganya membina kawasan bersimen untuk Arshad bersenam di tepi rumah mereka.

Penduduk kampung berkumpul di rumah Arshad di Mian Channu untuk meraikan. Beliaumenamatkan kemarau pingat selama lebih tiga dekad.
Penduduk kampung berkumpul di rumah Arshad di Mian Channu untuk meraikan. Beliaumenamatkan kemarau pingat selama lebih tiga dekad.

Untuk latihan merejam lembing pula, abangnya berkata, Arshad akan pergi ke padang terbuka.

“ALLAH telah memberinya banyak kekuatan fizikal. Itulah sebabnya dia bergerak ke hadapan.

"Dia sangat kuat dan menggunakan kuasa yang dianugerahkan itu,” ujarnya lagi.

Arshad pada Khamis meraih pingat emas pertama buat Pakistan.

Ia sekali gus menamatkan kemarau pingat selama 32 tahun selepas kali terakhir Pakistan menaiki podium adalah ketika Sukan Olimpik Seoul 1988 bagi sukan tinju.

Terdahulu, negara itu meraih pingat pertama menerusi sukan gusti pada Sukan Olimpik Rom 1960.

Sumber: Aljazeera, VOA News, Economic Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang