MERAIKAN ulang tahun kelahiran buat insan tersayang menjadi satu budaya yang selalu dibuat oleh kebanyakan orang.

Ada yang sanggup menempah hotel atau puncak bangunan terkemuka untuk meraikan hari istimewa itu.

Tidak kurang juga yang membuat kejutan dengan menghadiahkan bunga dan coklat.

Kepada anak-anak yang berjaya dalam kerjaya dan bergaji tinggi, biasanya memberi sebuah kenderaan atau rumah adalah pilihan terbaik.

Ia dianggap sebagai bonus terbesar untuk mak ayah sebagai tanda membalas budi mereka.

plastik belon hari jadi

Pun begitu, kisah hari jadi yang dikongsikan warganet di Filipina baru-baru ini cukup menyentuh perasaan.

Perkongsian Melody Silang dalam akaun Facebook ternyata menarik ramai pihak yang terharu dengan usaha murni kanak-kanak tersebut.

Meskipun serba kekurangan, namun tidak menghalang adik beradik berkenaan untuk meraikan ulang tahun kelahiran ayahnya dengan penuh gembira.

plastik belon hari jadi

Tidak mampu beli belon sebagai hiasan seperti orang lain, bagi Melody, itu semua tiada masalah.

Hanya menggunakan plastik yang diikat di bahagian atas rumah sudah memadai.

Walaupun serba sederhana, cukup terserlah wajah kegembiraan anak kecil itu yang cuba mahu membuat kejutan dengan tulisan warna merah yang tertulis ‘Happy Birthday Papa’.

Tulis Melody, walaupun hidup susah namun mereka berusaha untuk membuat sesuatu demi menyambut hari jadi ayah mereka.

plastik belon hari jadi

Mengikut laporan, adik beradik yang sweet itu merancang mahu buat kejutan selepas pulang dari tempat kerja masing-masing.

Walaupun dalam kocek, tiada duit mahu beli belon, mereka memikirkan alternatif lain iaitu dengan membuat belon plastik dan sebagai tambahan, mereka menyiapkan kek telur sekali.

Iklan

Ramai yang sebak dan memuji kesungguhan mereka yang cuba menggembirakan ayah mereka.

plastik belon hari jadi

Perkongsian yang menerima lebih 90,000 itu menarik perhatian ramai pihak sehinggakan baru-baru ini ada individu tampil menyumbangkan sesuatu.

Kongsi Melody, pihaknya mewakili keluarga itu mengucapkan terima kasih kepada yang sudi menyumbang kek dan air selepas kisah mereka viral di media sosial.

Rata-rata warganet berkongsi kegembiraan dan terus mengucapkan selamat hari jadi kepada keluarga itu.

Iklan

plastik belon hari jadi

Sememangnya apa yang dilakukan Melody sangat besar maknanya.

Mesej kisah ini mudah, duit bukan segala-galanya. Duit juga tidak mampu membeli segenap bahagia. Hanya satu perbuatan kecil seperti yang dilakukan gadis itu sudah besar.

Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, walaupun tidak dapat pulang ke kampung kerana norma baharu, santunilah mereka dengan panggilan telefon atau penghantaran hadiah dari jauh.

Terlalu banyak cara untuk menggembirakan orang lain.