Selain Bangkok, ini 7 nama bandar lain di dunia miliki nama panjang berjelar

A
A
A

APABILA nama ibu kota Thailand bertukar kepada nama kepada Krung Thep Maha Nakhon, pelbagai reaksi diberikan.

Krung Thep Maha Nakhon bermaksud kota besar para bidadari.

Warga Thailand biasa menggunakan perkataan Krung Thep untuk merujuk nama Bangkok.

Menurut informasi yang dikongsi oleh CNN Indonesia, rupa-rupanya nama sebenar kota Bangkok sangat panjang iaitu mempunyai 188 huruf!

Nama itu ialah Krung thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya witsanukam Prasit.

Pergh, memang panjang sampai tergeliat lidah nak sebut. Nak ingatkan nama bandar itu pun bukan senang.

Pun begitu, nama baharu kota Bangkok belum lagi diguna secara rasmi kerana pihak jawatankuasa yang bertugas masih lagi memeriksa rancangan undang-undang sebelum mempersetujuinya.

Bila disemak oleh portal berkenaan, bukan hanya nama kota Bangkok yang mahu ditransisikan itu panjang belaka, malah terdapat tujuh bandar lain iaitu:

1. Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

- Merujuk portal antarabangsa BBC, bandar itu terletak di Wales dan masyarakat tempatan biasa menggunakan nama ‘llanfair PG’.

- Ia merupakan nama daerah terpanjang yang ada di sana dan mempunyai 58 huruf.

- Pada mulanya, nama bandar itu ialah Llanfair Pwllgwyngyll, kemudian namanya dipanjangkan untuk menarik minat pelancong pada tahun 1860-an.

- Nama panjang bandar itu juga bermaksud Gereja St Mary di lembah Hazel Putih berhampiran pusaran air yang deras dan Gereja Sainst Tysilio di Gua Merah.

2. Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea

- Dalam laporan World Atlas, Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolarrea merupakan nama terpanjang di negara Sepanyol.

- Bandar itu menggunakan bahasa Bosque yang bermaksud medan rendah pena tinggi Azpilkueta.

- Nama bandar itu mempunyai 39 huruf.

3. Ateritsiputeritsipuolilautatsijanka

- Bandar yang terletak di Finlandia dan mempunyai 35 huruf.

4. Muckanaghederdauhaulia

- Sebuah bandar yang terletak di Ireland dan mempunyai 23 huruf.

5. Parangaricutirimicuaro

- Parangaricutirimicuaro ialah nama sebuah bandar di Mexico.

- Bandar itu dikenali sebagai Nuevo San Juan Parangaricutiro dan terletak di negeri Michoacan iaitu 23 kilometer dari Bandar Raya Mexico.

- Terdapat gunung berapi bernama Paricutin.

- Nama bandar itu terdiri daripada 23 huruf.

6. Svalbarosstrandarhreppur

- Svalbarosstrandahreppur ialah sebuah bandar di Wilayah Norourland eystra, Iceland.

- Bandar seluas 7.5 kilometer persegi itu hanya mempunyai penduduk kira-kira 414 orang.

- Svalbarosstrandarhreppur terletak di wilayah utara Iceland, di celah teluk sempit negara itu.

7. Washington-on-the-Brazos

- Washington-on-the-Brazos ialah sebuah bandar di Texas, Amerika Syarikat.

- Nama bandar itu mempunyai 25 huruf.

Haa, pelik dan unik tak nama bandar-bandar itu?

Namun, dari satu sudut, pendekatan mereka untuk terus menerus mengekalkan nama yang kebanyakannya menggunakan bahasa ibunda amatlah dipuji.

Pendek kata, mereka mengagungkan bahasa lokal mereka.

Agaknya di Malaysia, ada tak nama-nama bandar yang panjang dan sukar disebut?

Buat masa ini, macam tiada kan, tetapi nama orang yang panjang berjelar, admin tahu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang