BAYANGKAN rumah yang kita tinggal seorang diri rupa-rupanya turut didiami individu tidak dikenali dan berniat jahat.

Tanpa rasa takut dan bersalah, suspek boleh keluar masuk rumah mangsa sesuka hati, malah menjadikan loteng sebagai tempat persembunyian.

Lapor odditycentral.com, seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis selepas dipercayai merakam mangsa yang sedang tidur dan mandi selain bersembunyi di ruang bumbung untuk tempoh yang lama.

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Suspek, Mauricio Damian Guerrero berusia 20 tahun itu ditahan selepas ‘kehadirannya’ disedari ibu mangsa yang mendengar bunyi pelik di siling rumah.

Kejadian yang berlaku di New Hampshire, New England tersebut membuatkan ramai khususnya para wanita meremang bulu tengkuk.

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Masakan tidak, suspek yang berasal dari Philadephia terbabit dikatakan terlalu taasub dengan mangsa dan memerhati setiap gerak-gerinya hampir 24 jam.

Baca juga Misteri hilang makanan, wanita disangka hantu rupa-rupanya tinggal di kabinet dapur lebih dua minggu

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Sebelum kejadian, mangsa pernah dihubungi suspek pada Oktober lalu untuk bertemu secara tertutup selepas melanggan satu konten dewasa milik wanita terbabit.

Siap dijanjikan untuk dibelikan set televisyen dan tempat pembakar api untuk mendapatkan alamat rumah, suspek kemudiannya bertindak di luar jangka selepas wanita itu menunjukkan isyarat tidak berminat.

Baca juga Elak diri jadi mangsa penjenayah! Jom semak fakta bagi mengetahui bahasa tubuh si penipu

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Portal tersebut melaporkan, suspek dikatakan sanggup datang sejauh 643.7 kilometer untuk ke rumah mangsa, tidur di dalam kereta sambil memandang ke arah rumahnya.

Semua perbuatan suspek disedari mangsa yang kemudiannya mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah ibunya kerana bimbang dengan keselamatan diri.

Entah bagaimana Guerrero boleh mengesan alamat rumah ibu mangsa apabila muncul di pintu rumah secara tiba-tiba.

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Meskipun sudah dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan itu, namun suspek masih ‘setia’ memerhatikannya dari jauh.

Menurut laporan polis, lelaki tersebut dikatakan membuat kunci pendua kediaman berkenaan untuk memudahkannya masuk ke rumah mangsa tanpa disedari sesiapa.

Baca juga [VIDEO] Terkejut temui bilik rahsia dalam rumah baru pindah, foto tanpa kepala jadi bualan hangat netizen

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Pun begitu, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Ibu mangsa yang menyedari sesuatu yang pelik antaranya tingkap rumah terbuka sedangkan sebelum ini bertutup.

Iklan

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Selepas mendengar bunyi pelik yang disangka haiwan liar, mangsa bersama ibunya memberanikan diri untuk melihat ruang loteng dan apa yang mereka lihat cukup memeranjatkan.

Ruang loteng yang penuh sawang itu seolah-olah didiami seseorang dengan sisa makanan, fon telinga dan cawan yang dipenuhi air kencing. Ketika itu, kelibat Guerrero tidak kelihatan.

Baca juga [VIDEO] Seram, kelibat entiti putih dirakam CCTV dalam rumah tak dihuni hampir sebulan

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Mangsa dan ibunya terus menghubungi pihak polis untuk bantuan lanjut selepas mendengar bunyi kaki yang menyeramkan dari siling rumah.

Akhirnya penghendap terbabit berjaya ditangkap di dalam bumbung rumah ketika cuba melarikan diri.

Iklan

Baca juga Jadi jutawan segera selepas jumpa ‘harta karun’ di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh!

penghendap loteng Mauricio Damian Guerrero

Menurut laporan polis, suspek didakwa atas empat pertuduhan memecah masuk rumah dan dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,449.50.

Suspek juga diberi amaran untuk tidak menjejakkan kaki ke New Hampshire lagi dan diarahkan memakai gelang kaki peranti.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Seram jugakan bila rumah yang dihuni sebenarnya sedang diperhatikan orang. Teringat pula filem The Invisible Man yang ditayangkan pada tahun 2020.

Moga kisah ini memberi iktibar buat semua khususnya para wanita yang tinggal seorang diri. #kitajagakita #kitalaluibersama