BAGI sesetengah orang, menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali membuatkannya tidak senang, malah sanggup membiarkannya tidak berjawab.

Barangkali tidak suka melayan benda remeh daripada operator jualan insurans, kad kredit ataupun pihak bank yang mempromosikan sesuatu yang tidak diperlukan. Bukan apa, ramai yang selalu terkena!

Terdapat juga alasan yang mana mereka tidak mahu terjebak dengan sindiket penipuan atau voice phishing oleh individu tidak bertanggungjawab.

pendaki sesat

Pun begitu, tindakan seorang pendaki yang sesat di dalam hutan dan mengabaikan panggilan telefon daripada pasukan penyelamat membuatkan ramai netizen tepuk dahi.

Mana tidaknya, kehilangan lelaki tersebut yang dilaporkan tidak pulang ketika mendaki Gunung Elbert di Colorado, Amerika Syarikat baru-baru ini membuatkan pihak berkuasa mengadakan operasi menyelamat.

Baca juga [VIDEO] Pemuda Indonesia sesat di hutan Jepun, gara-gara ikut Google Maps

Lapor theguardian.com, kali terakhir mangsa dilihat pada jam 8 malam pada 18 Oktober lalu selepas dipercayai keluar mendaki mengikut trek yang disediakan.

Pasukan penyelamat pertama daripada agensi penyelamat Lake County Search and Rescue dikerah membuat pencarian di kawasan pergunungan setinggi 4,401 dari aras laut itu pada jam 10 malam, namun masih menemui jalan buntu.

pendaki sesat

Pasukan tersebut yang keletihan turun dari gunung pada jam 3 pagi dan kemudiannya diganti dengan pasukan kedua yang memulakan operasi mencari dan menyelamat pada jam 7 pagi.

Pada masa sama, pasukan penyelamat juga cuba menghubungi mangsa bagi mengetahui lokasi dan keadaannya, namun telefon tidak diangkat.

Baca juga Juruterbang ditemui setelah hilang 36 hari di hutan, bertahan dengan hanya makan telur haiwan, buah dan roti

Malah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada lelaki tersebut juga tidak berbalas.

Bimbang insiden tidak diingini berlaku, pasukan kedua terus mencari di kawasan trek laluan yang dilaporkan sering berlaku orang hilang.

Nak dijadikan cerita, pendaki yang sesat itu akhirnya ditemui pada jam 9.30 pagi dan berjaya dibawa turun dengan selamat.

pendaki sesat

Mangsa memberitahu, dirinya sesat selepas tersalah masuk satu laluan denai dan memaksanya merayau sepanjang malam untuk mencari jalan keluar.

Iklan

Meskipun mengakui menerima panggilan telefon, namun lelaki berkenaan mengaku bahawa beliau mengabaikannya kerana melihat nombor yang tidak dikenali!

Aduhai, macam manalah boleh fikir sampai ke tahap itu. Dahlah sesat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Kalaulah insiden yang sama berlaku pada kita, sudah pastinya tindakan pertama yang dibuat adalah dengan membuat panggilan kecemasan atau menghubungi ahli keluarga terdekat.

Namun, lain pula jadinya bagi lelaki tersebut. Tindakan lelaki tersebut memang membuatkan ramai terkedu.

Iklan

Malah, siap ada peringatan daripada pihak berkuasa supaya jangan mengabaikan panggilan telefon pada saat kecemasan.

pendaki sesat

“Tolonglah jawab panggilan atau balas sms. Mungkin itu panggilan daripada supaya pasukan penyelamat yang mahu kamu berasa dalam keadaan selamat,” kata Agensi penyelamat Lake County Search and Rescue tersebut.

Nasib baiklah pemuda tersebut ditemui dalam keadaan selamat. Kalau tak, tahulah apa akan jadi.

Barangkali kisah lelaki itu boleh dijadikan iktibar buat semua pendaki supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Pada masa sama, jangan sesekali mengabaikan panggilan telefon ketika berada dalam kecemasan. Bahaya! #kitajagakita #kitalaluibersama