SYAK wasangka terhadap orang lain tanpa asas kukuh hanya mendatangkan keburukan.

Apabila hati dan pemikiran sudah dikuasai perasaan syak, akan wujud rasa tidak puas hati atau hendak marah dengan pihak lain boleh jadi ahli keluarga, pasangan kita, rakan dan teman sepejabat.

Begitu yang terjadi di Odisha, India, baru-baru ini. Dek kerana mengesyaki si isteri curang di belakangnya, seorang lelaki warga emas tergamak memenggal kepala wanita terbabit sebelum membawanya ke balai polis untuk menyerah diri.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nakaphodi Majhi berasal dari Dhenkanal itu dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan Banten Raya, berang kerana mengesyaki si isteri bermain kayu tiga di belakangnya, lelaki berusia 55 tahun itu bertindak mengambil sebilah parang lalu memenggal kepala isterinya.

Walau bagaimanapun, pada keesokan paginya, lelaki itu dikatakan berjalan menuju ke balai polis Gandia untuk menyerah diri atas perbuatannya sambil memegang kepala wanita berkenaan.

Baca juga Ini kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia lahirkan anak pada usia 5 tahun

Video perbuatannya itu juga turut tular di laman sosial.

Terkejut tindakan warga emas itu, penduduk kampung kemudiannya bertindak menangkap Nakaphodi sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah membuka kerta siasatan berhubung kes berkenaan.
Hasil pemeriksaan awal menemui sebilah senjata tajam berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Sementara itu, berikut beberapa cara mengelakkan diri daripada berlaku curang;

1. Bersyukur dengan pasangan anda.

2. Fahami dirinya serta penuhi keinginannya.

3. Jangan terlalu rapat dengan rakan yang berlawanan jantina.

Baca juga Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

4. Sentiasa berada di sisi pasangan.

5. Sentiasa luangkan masa bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.