'Mohon anak, keluarga & diri saya tidak dilibatkan...' – Nubhan Ahamad buat laporan polis, dakwa pengutip hutang cari bekas isteri

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Nubhan Ahamad membuat laporan polis selepas mendakwa kediamannya dikunjungi pengutip hutang yang dipercayai sedang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah.

Perkara itu dikongsikan Nubhan menerusi satu hantaran di laman sosial Threads apabila meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak, keluarga serta dirinya susulan kejadian berkenaan.

Menurut penyanyi itu, sebelum ini dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan kehidupan peribadi di media sosial kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.

Namun, kejadian terbaharu itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk bersuara demi keselamatan insan tersayang.

"Sebelum ini saya sangat risau untuk post apa-apa di media sosial kerana saya khuatir keluarga saya dikecam mak saya dihina dan bermacam-macam lagi.

No Image Caption

"Tetapi apabila baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang. Saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya.

"Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, saya mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini," kongsinya.

Dalam hantaran sama, Nubhan turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laporan berkenaan, dia menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.

Malah, laporan itu turut menyentuh kebimbangan mengenai kemungkinan anak-anak mengalami ketakutan, trauma dan gangguan emosi sekiranya terus terdedah kepada situasi berkenaan.

Justeru, Nubhan berharap agar urusan yang membabitkan bekas isterinya tidak menjejaskan kehidupan serta keselamatan anak-anak dan ahli keluarganya yang lain.

Sumber: Threads

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang