KHABAR mengenai manusia berkahwin dengan ‘makhluk’ atau sebarang objek bukan satu perkara asing lebih-lebih lagi di negara luar.

Sama juga yang dilakukan oleh seorang wanita di Sidcup, London.

Dikenali sebagai Deborah Hodge, wanita berusia 49 tahun itu mengakui sangat menyayangi kucing peliharaannya yang dinamakan sebagai India dan enggan berpisah dengan haiwan tersebut.

Memetik laporan ladbible.com, majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di sebuah taman dan dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.

Deborah Hodge berkahwin dengan kucing peliharaannya bernama India.

Dikatakan tujuan Hodge berkahwin dengan kucing bernama India itu kerana pemilik kediamannya meminta agar beliau melepaskan haiwan terbabit bagi mengurangkan belanja setelah diberhentikan kerja.

“Saya sangat sayangkan India. Disebabkan itu saya ingin tunjukkan kepada mereka bahawa saya bersungguh-sungguh dan tiada apa mampu memisahkan kami.

“India bukan sahaja haiwan, bahkan ia juga penting selepas dua anak saya. Diharapkan tuan rumah yang akan datang faham bahawa kami datang dengan ‘pakej’. Saya sanggup tinggal di jalanan untuk bersama dengan India jika perlu,” jelas Hodge.

Ibu tunggal itu turut tidak menolak apabila tindakannya itu menerima pandangan negatif daripada masyarakat.

Namun, Hodge mempunyai jawapan tersendiri dan tetap mempertahankan pendirian.

Iklan

“Mereka berpendapat saya gila, tetapi yakinlah saya dan India tidak akan menjalin hubungan ‘terlarang’ (seksual). Anak-anak saya tidak dapat hadir dan berfikir bahawa ibu mereka gila!”, tambahnya.

Terdahulu tuan punya badan telah kehilangan dua ekor anjing bernama Siri dan Starshine serta seekor kucing, Jamal.

Disebabkan kekecewaan kenangan lalu, beliau membuat keputusan berkahwin dengan India.

Iklan

 

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI