Tak tahan hasil tanaman sering dirembat jiran, tuan rumah nekad rakam aksi pencuri
KECEWA dan marah. Begitulah perasaan yang dialami oleh seorang wanita apabila melihat hasil tanamannya diambil oleh orang lain.
Disebabkan tidak tahan dengan perkara tersebut, wanita yang dikenali sebagai Sylvia mengambil keputusan untuk merakam aksi pencuri buah berkenaan.
Pokok yang ditanam di hadapan rumah itu sering menjadi sasaran penduduk setempat. Tidak kurang juga ada yang berani membawa tangga bagi memudahkan mereka mengambil buah di bahagian atas pokok.
Baca juga: Rakaman kebakaran tanjungan plaza tular berikut tip keselamatan ketika kebakaran
"Lihatlah bagaimana mereka memperlakukan halaman rumah saya. Memijak rumput dan merosakkan tanaman lain akibat penggunaan tangga itu.
"Saya tidak faham bagaimana mereka yang sudah berusia sanggup melakukan perkara sebegini lagi," katanya yang dipetik dari laporan mirror.uk.co.
Rakaman video tersebut menunjukkan ada sepasang warga emas mencuri buah dari pokok yang ditanam di rumah Sylvia tanpa kebenaran.
Meskipun tidak menjelaskan jenis pokok yang ditanam beliau, wanita tersebut bertambah kecewa apabila mengetahui tiada lagi hasil yang tersisa untuknya.
Difahamkan pasangan berkenaan berjaya 'menuai' hasil sehingga memenuhi tiga beg yang dibawa mereka.
Video yang turut dimuatnaik ke TikTok itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna internet.
Rata-rata meluahkan rasa kebimbangan jika warga emas terbabit mengalami kecedaraan atau terjatuh daripada tangga.
"Jika berlaku kemalangan, apa yang perlu dibuat dan bagaimana untuk menguruskan hal itu? Sudahlah menceroboh kawasan rumah orang lain," kata seorang pengguna.
Video tersebut telah mendapat lebih 400,000 tontonan dan hampir 4,000 tanda suka jelas bukanlah satu contoh yang murni untuk diteladani.
Hal ini lebih-lebih lagi apabila kita hidup berjiran perlu saling tolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
Tidak salah jika bertanyakan dahulu kepada pemiliknya agar mendapat izin untuk mengambil. Apabila sudah berlaku begini, siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga yang malu.
Sama-samalah kita renungkan terutamanya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang