Tampil anggun dan mewah dengan gaya puteri sebenar, busana pernikahan Princess Rajwa curi tumpuan ramai

TANGGAL 1 Jun yang lalu , sejarah tercipta apabila berlangsungnya perkahwinan pewaris diraja negara Jordan, Putera Mahkota Al Hussein Abdullah bersama rakyat Saudi, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif.

Majlis pernikahan dua jiwa sejoli yang sama cantik dan sama padan itu nyata menjadi sorotan dunia.

Manakan tidaknya, majlis perkahwinan diraja itu berlangsung buat pertama kali dalam tempoh hampir 30 tahun.

Princess Rajwa turut memiliki darah keturunan diraja memandangkan ibunya adalah sebahagian daripada keluarga Al Sudairi, keluarga pemerintah Arab Saudi.

Kali terakhir perkahwinan sebesar itu berlangsung adalah pada tahun 1997 apabila Raja Abdullah II yang ketika itu putera mahkota, berkahwin dengan Rania Al-Yassin, wanita berketurunan Palestin yang dilahirkan di Kuwait.

Untuk rekod, Rajwa ialah seorang arkitek dan anak bongsu kepada ahli perniagaan Saudi, Khalid al-Saif.

Baca ni Miliki 7 suami serentak, wanita ini dedah rahsia kahwin ramai semata-mata dapatkan ‘kuasa’

Beliau turut memiliki darah keturunan diraja memandangkan ibunya adalah sebahagian daripada keluarga Al Sudairi, keluarga pemerintah Arab Saudi.

Selain itu, Rajwa juga merupakan sepupu kedua Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman.

Bukan sahaja memiliki darah keturunan raja dan pintar, beliau yang kini dikenali sebagai Princess Rajwa juga wanita yang cantik dan sentiasa mencuri tumpuan ramai terutama melihat penampilannya yang cukup bergaya.

Selera fesyennya cukup menarik dan stailo belaka, sesuai dengan usianya yang baru mencecah 29 tahun.

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa penggayaan Princess Rajwa sepanjang majlis perkahwinannya:

Menawan dengan balutan gaun abaya panjang rona putih dan emas, sekali gus menggabungkan budaya Arab dan Jordan.

MALAM BERINAI
Rajwa kelihatan cukup cantik dan menawan dengan balutan gaun abaya panjang rona putih dan emas, sekali gus menggabungkan budaya Arab dan Jordan.

Pilihan aksesori kepala berupa veil yang dihiasi tujuh bintang membuatkan penampilannya bertambah anggun.

Baca ni Anak istimewa raih 3 anugerah tertinggi di Amerika, Dewi Yull luah rasa syukur & bangga!

MAJLIS PERNIKAHAN
Beliau kelihatan anggun dalam gaun rona putih ivory rekaan Elie Saab yang kelihatan klasik namun elegan.

sejarah tercipta apabila berlangsungnya perkahwinan pewaris diraja negara Jordan, Putera Mahkota Al Hussein Abdullah bersama rakyat Saudi, Rajwa Khaled bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif.

 

Princess Rajwa turut mengenakan sarung tangan rona senada dengan garis leher asimetris, korset dan rekaan draped di bahagian pinggang. Sentuhan ekor panjang memberikan elemen mewah pada busana berkenaan.

Iklan

Rambutnya pula digayakan dengan ikatan longgar, lalu disempurnakan bersama tiara berlian dan sepasang anting berlian berbentuk U serta veil panjang lengkap dengan sulaman.

MAJLIS RESEPSI
Kemunculan pertama Putera Mahkota Al Hussein dan Princess Rajwa selepas bergelar suami isteri dalam majlis resepsi perkahwinan mereka di Istana Al Husseiniya memang bikin ramai terpukau.

Pengantin perempuan memakai gaun Dolce & Gabbana yang ditempah khas dengan tiara perkahwinan yang memaparkan perkataan Rajwatum min ALLAH dalam bahasa Arab yang bermaksud berharap kepada ALLAH.

Gaun rona putih ballgown itu turut dilengkapi dengan sarung tangan yang tampak mewah dengan perincian sulaman menarik dan elegan.

Iklan
Kemunculan pertama Putera Mahkota Al Hussein dan Princess Rajwa selepas bergelar suami isteri dalam majlis resepsi perkahwinan mereka di Istana Al Husseiniya memang bikin ramai terpukau.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Jadi, tak hairanlah media sosial dihujani dengan pelbagai input dan berita tentang perkahwinan agung itu.

Selain jelita, setiap busana yang dipakai Princess Rajwa memang cantik-cantik belaka. Mungkin itulah impiannya selama ini.

Sumber gambar: Instagram rajwaofjordannews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.