Tangkap tikus dapat duit raya! Ini bukan trend TikTok, tapi TikusTalk. Anak kecil jadi pahlawan sawah selamatkan rezeki keluarga
BUKAN ralit main TikTok tapi sibuk kejar tikus untuk duit raya! Bukan seorang tapi ini kisah puluhan anak-anak di Kampung Sraten, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia buat ramai salute.
Mana tidaknya, hari Ahad yang menjadi waktu luang untuk berehat dan bermain, namun dimanfaatkan dengan aktiviti memburu haiwan perosak di sawah.
Berbekalkan batang buluh, rata-rata budak sekolah rendah berkenaan sanggup berpanas mencari tikus yang dikatakan bernilai 60 sen seekor.

Lapor Kompas.com, masalah kerosakan hasil padi akibat serangan si ekor panjang yang berlaku di kampung itu bukan kaleng-kaleng.
Bayangkan 60 hektar sawah yang ada, 25 hektar daripada jumlah besar itu tak boleh diselamatkan gara-gara musuh petani tersebut.

Menurut Ketua Kampung Sraten yang dikenali dengan nama Rohmad, tikus yang dipercayai datang dari kawasan luar itu mula merosakkan hasil padi penduduk.
Artikel berkaitan
- Magawa berjaya kesan lebih 100 periuk api dan diberi penghargaan pingat emas, ini kisah tikus pengesan bom popular di Kemboja
- Varian Omicron berasal daripada tikus jangkiti manusia, 6 fakta berkaitan
- 8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah
“Tikus-tikus ni datang dari Rawa Pening yang dah tenggelam. ‘Mereka’ lari cari tempat baru dan sawah kami jadi mangsa.”
Lebih menyedihkan, ada petani yang dah tak sanggup tanam padi lagi.

“Biasanya hasil padi tu kami simpan untuk stok Hari Raya, tapi masa bulan puasa pun dah gagal tuai,” ceritanya.
Disebabkan isu memeningkan itu, penduduk pun melibatkan anak-anak dalam aktiviti gropyokan (tangkap) tikus tersebut.
#syedsaddiq #bellaastillah #bass #mahkamah #sinarplus #lifestylesinarharian" />

“Kami nak anak-anak rasa susah senang jadi petani. Biar mereka hargai setiap butir nasi yang ada atas pinggan,” kata ketua kampung itu.
Selamatkan sawah ayah
Seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Ibnu, antara penduduk cilik yang bersemangat untuk memburu si pengacau padi tersebut.
Walaupun baru darjah empat, namun anak kecil itu tak betah duduk diam untuk membantu selamatkan sawah ayahnya.

“Saya tolong ayah... sawah dia rosak sebab tikus. Tak boleh tuai padi. Jadi saya tolong tangkap tikus ni,” katanya.
Bukan saja dapat bantu kurangkan populasi tikus, mereka juga diberi ganjaran berupah upah 60 sen untuk seekor tikus yang berjaya ditangkap.
“Lebih baik cari tikus daripada main handphone. Dapat tolong ayah dan boleh dapat duit sikit. Seronok juga bila tangkap ramai-ramai,” ceritanya lagi.

Bagus juga nilai kesedaran dan pendidikan yang diterapkan dalam kalangan anak-anak yang masih kecil.
Ia bukan hanya pupuk nilai kasih kepada keluarga dan tanah yang menjadi sumber rezeki mereka, bahkan memberi harapan untuk selamatkan sawah daripada ancaman tikus. Tabik springlah!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

