PENGANJURAN sukan paling berprestij di dunia, Sukan Olimpik yang diadakan setiap empat tahun membuatkan setiap tuan rumah berusaha keras untuk memberi yang terbaik dan mempamerkan aksi cemerlang.

Bukan hanya dari segi pencapaian pingat emas yang mahu dibawa pulang, malah kemudahan yang disediakan juga seboleh-bolehnya mahu diiktiraf sebagai kelas pertama.

Seperti Sukan Olimpik Jepun 2020 yang berlangsung baru-baru ini, kos penganjuran dikatakan antara yang termahal dalam sejarah iaitu RM64.9 bilion. Memang bukan calang-calang!

teksi terbang sukan olimpik paris 2024

Boleh jadi, disebabkan mahu menjadi paling baik dan menjaga prestij dan imej, penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 dikatakan mahu membawa kelainan dengan memperkenalkan teksi terbang pada temasya tersebut.

Lapor nypost.com, penganjuran sukan olimpik ke-33 itu nampaknya lebih ekstravaganza dengan kemunculan teksi terbang.

Baca juga Pemenang perak Olimpik jual pingat RM525,000 demi nyawa seorang bayi

Malah, seramai 30 pengusaha aeronautik seluruh Eropah mengambil bahagian untuk membuktikan kemampuan jentera masing-masing di Lapangan Terbang Pontoise di Cormeilles-en-Vexin, Paris.

Antara jenama terkemuka yang menyertai ujian tersebut adalah Airbus, Ascendance, Vertical Aerospace dan ramai lagi.

teksi terbang sukan olimpik paris 2024

Penganjur sukan tersebut juga bercadang untuk membuka dua jalan udara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Berdasarkan artikel New York Post lagi, kenderaan awam tersebut boleh terbang di bawah paras 300 meter, sekali gus tidak mengganggu penerbangan komersial.

Iklan

Baca juga Guna bahan kitar semula buat baju dan dulang, Olimpik Tokyo 2020 memang hebat

Tidak dinafikan, isu jalan sesak sering menjadi masalah utama mana-mana penganjuran temasya tersebut.

Mana tidaknya, banyak kes dibangkitkan termasuk kelewatan atlet tiba ke tempat acara sukan sehingga penyertaan terpaksa dibatalkan.

teksi terbang sukan olimpik paris 2024

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Adakah kereta terbang akan menjadi kenyataan menjelang 2024 nanti?

Pasti ramai yang tidak sabar menanti kemunculan jentera hebat yang sudah digembar-gemburkan sejak lima tahun kebelakangan ini.

Jika melihat foto yang tersebar di media sosial, jentera yang cukup menyakinkan itu boleh jadi kenyataan.

Apapun, kita tunggu sajalah.