NAMPAKNYA teknologi kereta terbang bukan lagi sekadar retorik semata-mata apabila beberapa negara maju sudah menunjukkan kemampuan masing-masing.

Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) difahamkan menjadi negara pertama yang akan memperkenalkan teksi udara sendiri.

Servis dalam bandar berkenaan akan direalisasikan menjelang tahun 2026 nanti.

Sudah pasti, ramai teruja untuk melihat kemunculan teksi terbang di sana termasuklah pelancong asing.

Lapor Sky News, salah satu bandar kosmopolitan terbesar di dunia itu sudah pun menerima kelulusan untuk reka bentuk stesen teksi udara serba baharu.

teksi terbang dubai

Hal itu disahkan sendiri Perdana Menteri UAE, Mohammed Rashid al Maktoum berhubung kelulusan tersebut melibatkan lokasi tumpuan di seluruh bandar.

Projek tersebut dijangka akan siap sepenuhnya tiga tahun lagi.

 

Khabar angin mengenai servis unik berkenaan dikatakan sudah dihidu dan viral sejak tahun 2017.

Baca juga Zapata JetRacer perkenal inovasi kereta terbang

Sebelum ini, tular video promosi yang didedahkan pihak kerajaan tentang jentera elektrik yang dihasilkan Joby Aviation berpangkalan di Santa Cruz, California, Amerika Syarikat (AS).

teksi terbang dubai

Syarikat penerbangan AS melaporkan, Dubai sebagai ekonomi yang berkembang pesat dan berinovasi tinggi.

Justeru, negara Uncle Sam tersebut berbesar hati mempersembahkan model Joby Aviation untuk menjayakan pelaksanaan teksi udara di negara Arab itu.

SEDIA UNTUK TERBANG

Ramai yang tertanya-tanya sama ada projek mega berjuta-juta itu boleh dijayakan atau sebaliknya?

teksi terbang dubai

Dalam video yang dikongsikan pihak berkuasa baru-baru ini menunjukkan jentera berkenaan sudah bersedia untuk terbang.

Ini kerana pihak tersebut turut bekerjasama dengan syarikat mobaliti udara termaju, Skyports Infrastructure for Advanced Air Mobility.

Iklan

Baca juga Dari jalan raya ke udara kurang 3 minit, kereta terbang AirCar bakal dijual dalam masa 12 bulan

Jurucakap Joby Aviation, Oliver Walker-Jones berkata, pihaknya teruja dengan peluang yang diberikan dan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya.

teksi terbang dubai

“Sudah menjadi harapan kami untuk operasi yang selamat dan cekap. Moga pesawat kecil itu membawa perjalanan penumpang yang dengan baik.

“Keutamaan kami ketika berlepas dan melakukan pendaratan menegak dengan lancar,” katanya.

Tak mustahil selepas ini negara pengeluar minyak ketiga terbesar dunia itu menjadi tumpuan dengan wujudnya teksi udara.

teksi terbang dubai

Iklan

Soal caj bayaran servis pengangkutan tersebut mungkin belum dimuktamadkan lagi, tapi mesti mahal kan?

Satu soalan daripada kami, beranikah anda menaiki sebuah teksi udara? Berbaloikah ia?

teksi terbang dubai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang