NEGARA Kuwait menjadi perhatian apabila memendekkan waktu bekerja kepada kakitangan kerajaan kepada empat jam sehari sepanjang bulan Ramadan.

Lebih istimewa lagi, penjawat awam wanita akan menikmati dua tempoh fleksibel selama 15 minit pada awal dan akhir hari bekerja yang membolehkan mereka fleksibiliti dalam jadual mereka.

Manakala bagi kakitangan awam lelaki pula akan bekerja selama empat jam boleh tiba leat 15 minit pada waktu pagi. Namun mereka perlu pulang 15 lewat dari tempoh akhir bekerja.

Keputusan itu susulan selesainya semakan penilaian prestasi pekerja bagi tahun 2023 oleh Sektor Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC) yang merangkumi waktu bekerja di kementerian dan jabatan kerajaan di sana.

Penolong Setiausaha Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran, Salah Khaled Al Saqabi mengesahkan pekerja yang layak akan menerima bonus prestasi cemerlang sepanjang Ramadan.

Di Kuwait, setiap agensi kerajaan akan mempunyai autonomi untuk menentukan waktu kerja dan syif sesuai yang diluluskan CSC. Gulf News melaporkan kelonggaran tempoh fleksibel selama 15 minit pada waktu pagi diberikan kepada semua pekerja bagi membolehkan mereka menepati masa meninggalkan kerja 15 minit lebih awal.

Langkah berkenaan bertujuan bagi memberikan fleksibiliti kepada pekerja sepanjang bulan Ramadan.

Sebelum ini SinarPlus pernah berkongsi kerajaan Brunei menetapkan waktu bekerja selama enam jam bagi kakitangan awam iaitu dari jam 8 pagi sehingga pada jam 2 petang pada bulan Ramadan.

Iklan

Manakala pada hari Jumaat, operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi iaitu kira-kira tiga jam setengah.

 

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja yang menerima gaji hari, waktu bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!