Terlajak sama! Laman sosial pemain bola Turki mirip usahawan tempatan 'diserang' netizen Malaysia

A
A
A

BAGAIKAN pelanduk dua serupa, sekali imbas pemain bola sepak ini mirip sekali dengan usahawan tempatan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Foto seorang lelaki yang juga pemain bola sepak Turki, Salih Ucan, 28, menjadi perhatian warga maya dari Malaysia.

Baca juga: Nenek meninggal dalam kereta dipandunya, Aliff Syukri sedih tapi reda

Difahamkan, Salih merupakan pemain posisi tengah (midfilelder) dan baru sahaja berpindah ke kelab Istanbul Basaksehir secara pinjaman dari Besiktas.

Oleh kerana memiliki wajah dan fizikal yang seakan sama, netizen Malaysia dilihat memberikan pelbagai komen pada hantaran Facebook kelab Istanbul Basaksehir dan laman sosial peribadi pemain tersebut.

Antaranya ialah tidak menyangka pemain nombor 48 itu mempunyai persamaan yang ketara Datuk Seri Aliff Syukri.

Malah warga maya turut meninggalkan komen yang lucu menghiburkan.

- “Benarlah kata orang tua-tua, kita ada tujuh orang yang serupa di dunia ini.

- “Silaplah bagi orang Malaysia nampak. Memang tak relaks, hilang komen-komen orang Turki.”

- “Berbakat besar ya Datuk.”

- “Mantap, patutlah lama senyap rupanya jadi pemain profesional dekat Turki.”

Wajah serupa dikaitkan dengan Doppelgängers atau dalam bahasa Jerman bermaksud 'double walker'.

Doppelgängers ialah orang yang tidak berkaitan secara biologi dan genetik dengan anda tetapi atas sebab yang ganjil, mempunyai ciri yang serupa dengan korang.

Menurut BBC Future, dengan 7.4 bilion penghuni di planet ini, terdapat hanya satu daripada 135 orang untuk menemui sepasang doppelgänger yang tepat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Turkish Football, BBC Future

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang