BAK kata peribahasa tiada sakit cari penyakit. Itu yang terjadi kepada seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam kandang harimau, di zoo New Delhi, India.

Ketaasuban Maqsood Khan terhadap haiwan itu membawa padah apabila dia maut diterkam di bahagian leher.

Sebelum kejadian, mangsa telah diberi amaran berulang kali daripada pihak keselamatan namun tetap berdegil.

Pengunjung zoo yang ketakutan segera merakam kejadian itu menggunakan telefon mereka selepas lelaki berusia 22 tahun itu bersemuka dengan harimau yang dinamakan Vijay, berusia tujuh tahun.

Baca juga:Wabak rusa zombi boleh bawa maut, saintis dunia tak tolak kemungkinan boleh berjangkit dengan manusia

Rakaman video itu memaparkan Vijay merenung lelaki terbabit selama 15 minit.

Apabila saksi mula menjerit dan melempar dengan batu dalam usaha untuk mengalih perhatian harimau itu, ia menerkam leher serta menyeret mangsa.

“Sewaktu harimau mendekatinya selama 15 minit, kelihatan Maqsood seolah-olah sedang menggenggam tangannya seperti merayu dan berdoa,” kata saksi.

Pegawai zoo berkata, pada masa itu, pengawal di kandang harimau membunyikan penggera dan menghantar mesej kecemasan melalui radio.

Namun, ia mengambil masa antara 15 dan 20 minit untuk kakitangan zoo tambahan tiba di tempat kejadian.

Baca juga:Kematian tragis Zaharif, diseret hampir 5 meter angkara sikap panas baran. Ini kronologi meruntun hati

Iklan

Baca juga:Kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat kelaparan selepas bapanya maut diserang sakit jantung

Mayat mangsa hanya dapat diambil dua jam selepas serangan maut itu.

Jurucakap Taman Zoologi Negara Riyaz Ahmed Khan berkata, walaupun berulang kali diberi amaran kepada Masqood mengingkarinya.

“Dia pergi terlalu dekat dengan kandang luar, bertindak memanjat pagar setinggi lutut dan pagar kecil kemudian melompat ke bawah kira-kira 18 kaki dan masuk ke kawasan parit,” katanya.

Iklan

Sumber: Daily Star

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!