Terpaksa jual anak demi survival hidup, kisah keluarga ini membuatkan ramai tergamam
KEMISKINAN membuatkan sesiapa pun sanggup melakukan apa sahaja demi sesuap nasi dan kelangsungan hidup.
Apatah lagi terpaksa menanggung zuriat yang masih kecil dengan tiada pendapatan tetap.
Bukan seorang dua, tetapi lima anak yang perlu dibela sekali gus membuatkan si ayah terdesak.
Kisah sayu yang berlaku kepada sebuah keluarga miskin di Afghanistan baru-baru ini membuatkan ramai netizen kelu tidak terkata, lebih-lebih lagi melibatkan penjualan anak sendiri.
Mana tidaknya, si ayah sanggup menjual anak perempuannya yang berusia sembilan tahun pada harga USD2,200 (RM9,143.86) demi kelangsungan hidup.
Lapor businessinsider.com, seorang bapa kepada lima cahaya mata itu telah membuat pengakuan tersebut gara-gara keterdesakan hidup.
Kanak-kanak tidak berdosa itu dikenali dengan nama Parwana Malik telah diserahkan dengan kadar bayaran tersebut kepada seorang lelaki berusia 55 tahun.
Seperti yang dikatakan tadi, kehidupan daif dengan lima anak masih kecil membuatkan lelaki tersebut terpaksa mengemis dan meminjam duit dengan jiran tetangga.
Namun demikian, usaha berkenaan tidak mampu membiayai kos sara hidup mereka sehinggakan si ayah sanggup menjual anak seorang demi seorang.
Bukan seorang tetapi dua orang anak perempuannya terpaksa dijual demi membeli stok makanan satu keluarga.
Baca juga Sedihnya, bayi sudah dua hari meninggal baru dapat dikebumi sebab tak ada duit
Kata lelaki tersebut, dirinya terpaksa berbuat demkian demi memastikan anak yang lain dapat terus survival.
Difahamkan, tidak hanya Malik yang menanggung kemiskinan melampau, beberapa keluarga lain dilaporkan berdepan desakan hidup sama.
Malah terdapat ibu yang sanggup menjual anak perempuannya yang berusia tiga tahun pada harga USD550 (RM2,285.97).
Bayangkan apalah nasib yang terpaksa ditanggung si kecil yang tidak tahu apa-apa.
Aduhai! Tidak sanggup rasanya mahu berteka teki.
Baca juga Memang kejam! Kanak-kanak 2 tahun mati dipukul hanya kerana tersalah pakai kasut
Rata-rata netizen tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada Parwana, sama ada dijadikan hamba seks ataupun pekerja bawah umur.
Menurut laporan tersebut, kadar kemiskinan di Afghanistan cukup tragis apabila mencapai tahap 98 peratus.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Status kemiskinan tersebut dikatakan lebih teruk selepas diambil alih Taliban.
Melihat kejadian malang yang berlaku di negara berkenaan membuatkan netizen bersyukur masih diberikan negara yang aman damai dan diberi pelbagai bentuk bantuan.
Sesungguhnya kita perlu bersyukur. Moga-moga apa yang berlaku di negara Islam itu tidak terjadi di Malaysia. #kitajagakita #kitalaluibersama
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang