Tersedak gara-gara tertelan lalat ketika live, sikap profesional penyampai berita wanita ini raih pujian!

A
A
A

DALAM dunia penyiaran, apa sahaja boleh berlaku, lebih-lebih kalau sedang bersiaran langsung atau live.

Apa yang terjadi kepada seorang penyampai berita Global News Canada, Farrah Nasser amat jarang dilihat. Senang kata, rare lah.

Lapor Daily Mail UK, berdasarkan rakaman yang tular di laman Twitter, Farrah Nasser dilihat telah tertelan  lalat ketika sedang menyampaikan berita mengenai tragedi banjir yang berlaku di Pakistan.

Baca ni 'Fat shaming': Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf

Pada saat insiden itu berlaku, eskpresi wajah Farrah terus berubah. Beliau kelihatan seperti tersedak apabila haiwan itu 'tersesat' lalu memasuki mulutnya hingga membuatkan beliau terdiam seketika.

Meskipun sedikit cemas, wanita itu tidak cepat melatah atau menunjukkan reaksi malu.

Sebaliknya beliau bertindak profesional apabila menyambung kembali tugasnya menyampaikan laporan berita, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

LALAT 'BERKIBAR'

Kepada CNN, Farrah berkata, beliau dapat dapat merasakan lalat itu seperti 'berkibar' di belakang tekaknya dan tersekat.

Pun demikian, sebagai seorang yang sedang wartawan yang tampil secara live di kaca televisyen, beliau tetap meneruskan persembahan segmennya.

Dalam temu bual berasingan bersama ET Canada pula, wanita berkenaan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan itu berlaku.

Sebelum ke udara, Farrah memberitahu, beliau pernah melihat lalat berterbangan di studio.

"Saya hanya bimbang kalau haiwan itu boleh menutup lensa kamera, tetapi tanpa disangka haiwan berkenaan 'singgah' di kerongkong saya," katanya.

Walaupun sesetengah orang menganggap kejadian itu seperti 'mengaibkan', Farrah gembira kerana dapat membuatkan ramai ketawa.

Sumber: Daily Mail UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang