Tidak bawa bercuti ke Dubai, hadiah hari jadi pun tak dapat. Suami maut ditumbuk isteri

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta
A
A
A

Tidak bawa bercuti ke Dubai, hadiah hari jadi pun tak dapat. Suami maut ditumbuk isteri

JANGAN main-main dengan wanita sekarang ya! Amarahnya luar biasa.

Seperti satu kejadian di New Delhi, India, seorang lelaki maut selepas dia ditumbuk pada hidung oleh isterinya.

Tragedi itu berlaku gara-gara mangsa enggan membawanya ke Dubai untuk bercuti sempena sambutan hari lahirnya.

Menurut portal The Times of India, lelaki berusia 36 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu di kediaman pasangan tersebut di kawasan Wanavdi, Pune.

Mangsa dikenali sebagai Nikhil Khanna, seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan, berkahwin dengan isterinya, Renuka, 38, enam tahun lalu.

Menurut pegawai kanan polis di balai Polis Wanavdi, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk meraikan hari lahirnya.

Baca juga Bercuti tepi pantai dengan bajet RM100, ini 5 destinasi chalet dan inap desa murah & santai hujung minggu

Ujarnya, mengikut siasatan, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai untuk meraikan hari lahirnya dan tidak memberikan hadiah mahal pada hari jadi dan ulang tahunnya.

Katanya, Renuka juga kecewa dengan Nikhil kerana tidak memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap hasratnya untuk pergi ke Delhi untuk menyambut hari lahir bersama beberapa saudara.

Baca juga Sambil bercuti boleh belajar ilmu sejarah, ini 6 lokasi penginapan rare dengan seni bina klasik di Malaysia

Bicaranya lanjut, malangnya, semasa pergaduhan itu, Renuka bertindak menumbuk muka Nikhil.

Difahamkan kesan tumbukan itu sangat kuat sehingga hidung dan beberapa gigi Nikhil patah mengakibatkan pendarahan yang banyak serta tidak sedarkan diri.

Susulan kejadian itu, Renuka kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang