'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!
KISAH pasangan kerdil ini cukup menarik dan patut dijadikan inspirasi.
Walaupun fizikal tidak seperti orang biasa yang lain, namun mereka menerima 'kekurangan' tersebut dengan reda dan mencipta bahagia tersendiri.
Biarpun sedar akan risiko yang bakal ditanggung apabila kedua-duanya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, tetapi cinta yang disemai mengatasi segalanya.
Baca ni 'Pakai apa pun nampak buruk.' Wajah anak jadi mangsa hinaan netizen, Rizky Billar luah rasa terkilan
View this post on Instagram
Menurut laporan Daily Mail UK, Charli Kate Worgan menghidap achondroplasia, jenis kerdil yang paling biasa.
Sementara suaminya, Cullens Adams pula mengalami Displasia acromicric.
Displasia acromicric merupakan kes yang jarang berlaku dan boleh mengundang lebih komplikasi kesihatan.
Berdasarkan rekod, pasangan itu bertemu pertama kali di kem latihan pasukan Sukan Kerdil Dunia Australia pada tahun 2012.
Usai pasangan itu mendirikan rumah tangga, ramai yang mendakwa kononnya orang kerdil tidak boleh mengandung, dikhuatiri anak-anak bakal mewarisi genetik tersebut.
"Ada yang mengatakan anak-anak akan kekal pendek atau mereka tidak akan pernah membesar seperti orang normal" kata Worgan yang mahu membuktikan mereka juga mampu memegang status sebagai ibu dan ayah.
TIDAK PATAH SEMANGAT
Sama ada Worgan dan Adams, mereka mengakui pernah menerima penerangan daripada pakar tentang kemungkinan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak mewarisi genetik mereka.
Apa yang ditelah oleh pegawai perubatan tersebut benar belaka.
"Kami telah melakukan ujian genetik pada awal kehamilan dan hasilnya doktor memberitahu kemungkinan anak yang lahir dengan satu atau dua masalah tersebut," kata Worgan yang sedikit sedih apabilah masyarakat sekeliling turut memberi reaksi negatif tatkala beliau disahkan hamil.
Tidak mempedulikan bicara manusia, pada tahun 2015, Worgan hamil buat pertama kalinya dan melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Tilba.
Menurut doktor, bayi tersebut mewarisi genetik sang ibu.
Tiga tahun kemudian, Worgan hamil anak kedua dan doktor mengesahkan bayi berkenaan yang diberi nama Tully mengikut genetik ayahnya pula.
Situasi tersebut bagaimana pun tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri itu menambah ahli baharu dalam keluarga.
Berkat sabar dan tidak putus asa, Worgan sekali lagi hamil anak ketiga pada 2020.
Ajaibnya, bayi yang diberi nama Rip disahkan normal. Kini keluarga tersebut hidup bahagia bersama.
Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian sebelum ini, Worgan yang berasal dari Sydney, Australia berkata: "Kita semua (anak) mungkin akan kerdil tetapi hidup kita penuh dengan keseronokan dan kebahagiaan.
Baca ni Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia
"Saya suka berkongsi gambar kami sebanyak mungkin. Tiada had untuk apa yang boleh kami lakukan bersama, baik menikmati makan tengah hari mahupun bersiar-siar," ujarnya lagi.
Sumber: Instgram charli_kate , WTVIDEO.COM & dailymail.co.uk
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang