SELEBRITI terkenal Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini gara-gara insiden keganasan rumah tangga mereka.

Terbaharu, pasangan tersebut sekali lagi meraih perhatian ramai selepas pelakon dan pengacara itu berang apabila wajah anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih atau manja disapa Fatih menjadi mangsa hinaan netizen.

Rizky sebelum itu memuat naik sepotong video yang memaparkan wajah si kecil itu yang kini memasuki usia setahun.

Fatih dilihat memakai topi berjenama mewah kelihatan sedang bermain-main.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Pun begitu, perkongsian tersebut telah menerima komen negatif netizen.

“Kanak-kanak lain pakai topi jenama Fendi nampak comel. Pun begitu, bayi ini tetap hodoh. Pakailah apapun, anak ini tetap kelihatan seperti barang buruk,” demikian antara komen netizen yang kemudiannya dikongsikan kembali oleh personaliti itu.

Menerusi kapsyen di laman sosialnya juga, Rizky melahirkan rasa sedih dan terkilan kerana anak beliau sering menjadi sasaran kecaman sesetengah netizen di republik tersebut.

“Sekadar ingin berkongsi, sewaktu mengerjakan umrah baru-baru ini, anak kecil kami begitu dihargai orang di sana. Baik orang Arab atau negara lain.

Iklan

“Malah, ada yang menyapa dan suka melihat anak kami. Berbeza dengan di sini. Ya ALLAH,” ungkap beliau lagi.

Baca lagi ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Pada masa sama, Rizky turut menitipkan nasihat kepada netizen supaya melampiaskan kemarahan kepada diri beliau dan isteri, tetapi bukannya menghina anak mereka yang tidak bersalah.

“Benci sahaja kepada orang tuanya, jangan dijadikan anak sasaran kebencian anda,” ujarnya lagi.

Iklan

Sumber: https://jakarta.tribunnews.com & Instgaram rizkybillar

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.