Urusan beli tanah temui jalan sukar, wanita nekad robohkan rumah dibina atas kawasan bekas ibu mentua

No Image Caption
A
A
A



SEORANG wanita bertindak merobohkan semula rumah yang sudah dibina di atas tanah milik mentuanya.

Beliau bertindak sedemikian kerana tidak dibenarkan membeli tanah itu selepas bercerai dengan suaminya. Pada masa sama, wanita itu enggan kediaman yang dibina dengan titik peluh sendiri bakal dinikmati oleh orang lain.

Berdasarkan perkongsian individu bernama Kiki di laman Tiktok miliknya, sebelum ini dengan bantuan keluarganya berjaya membina rumah di atas tanah milik suaminya itu.

Ketika itu, si suami berkata, kediaman tersebut bakal diwariskan buat anak mereka pada masa hadapan. Namun setelah mereka bercerai, lelaki berkenaan memungkiri janji yang sudah dibuat.

No Image Caption



Memandangkan mereka tidak pernah membuat perjanjian bertulis hitam putih, Kiki juga tiada hak untuk menuntut rumah terbabit dan prosesnya menjadi sangat rumit kerana pihak bekas suami enggan memberikan kerjasama baik.

Malah, keadaan menjadi bertambah rumit apabila bekas suaminya membawa isteri baharu tinggal di sana setelah berkahwin sekali lagi. Kiki berusaha membeli tanah berkenaan, namun pihak lelaki sepertinya sengaja meletakkan harga tidak masuk akal walhal pasaran tanah di sana tidaklah terlalu tinggi.

No Image Caption



Malah, wanita berkenaan sempat beralih kepada rancangan untuk menjualkan sahaja kediaman itu, tetapi pihak lelaki menuntut pembahagian hasil jualan yang lebih banyak. Pihak lelaki itu seolah-olah menggunakan ‘cara halus’ supaya bekas isterinya tidak mendapat hak ke atas kediaman berkenaan.

Oleh itu, sebagai jalan terakhir, Kiki meminta bekas suami menggantikan dengan sebuah rumah baru namun rundingan itu turut gagal. Lelaki itu terus memutar belit fakta dan jelas kelihatan mahu menguasai rumah yang dibangunkan menggunakan modal pihak Kiki.

Disebabkan rasa seperti dianiaya dan dilayan tidak adil, Kiki dan keluarganya nekad merobohkan semula kediaman berkenaan dengan memecahkan dinding, lantai dan bingkai kayu. Proses ini sudah dimulakan dan ia masih lagi berjalan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang