SUDAH pasti, setiap pasangan yang sedang merancang mendirikan rumah tangga berhasrat untuk menganjurkannya di lokasi yang luas agar tetamu dapat duduk dengan lebih selesa.

Masakan tidak, menjadi ‘raja’ hanya sehari. Jadi, itulah majlis sekali seumur hidup yang sangat ditunggu-tunggu.

Pun demikian, impian itu boleh terencat disebabkan beberapa faktor tertentu.

Namun, jika seseorang itu kreatif, segala permasalahan dapat diatasi sekiranya mereka berfikir di luar kotak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok @restya_ayu yang menyaksikan seorang wanita sedang meninjau reban ayam.

Apa yang menariknya, lokasi itu telah menjadi pilihan sepasang mempelai yang mahu mengadakan majlis kahwin mereka di situ.

Dalam video itu, wanita yang bekerja sebagai wedding planner tersebut sedang melihat keadaan di dalam reban ayam yang bakal dihiasinya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mungkin ramai yang beranggapan reban ayam kecil seperti di pinggir-pinggir rumah, tetapi tidak ya. Ia berupa sebuah reban ayam yang sangat besar.

Siapa sangka, selepas beliau berkongsi hasil dekorasi pelamin di lokasi rare itu, ramai yang ‘ternganga’ dengan sentuhan ajaibnya.

Ternyata, ia sangat menakjubkan dan tidak ada siapa yang menyangka itu adalah reban ayam yang dimaksudkan.

Iklan
@restya_ayuBISSMILLAH yang penting niat ##GayaMi11Lite ##muaindonesia ##viral ##fyp ##weddinglampung ##restyaweddingplaner ##dekorasiwedding ##lampunggeh ##tiktoklampung

♬ Mendung Tanpo Udan – King AmbyarPeople

Baca juga: Anak Nazrief Nazri positif Covid-19, isteri luah perasaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perubahan yang dilakukan oleh wanita itu.

Iklan

Bahkan terdapat juga sebilangan daripada mereka yang sangat kagum selain menimbulkan persoalan mengenai proses pembersihan yang dibuat kerana hasilnya sangat padu!

Terbaiklah!

Jangan lupa follow kami di Instagram!