LUAR biasa betul!

Seorang lelaki dari Benin, Afrika Barat telah membuatkan ramai ternganga dek bakatnya yang terjangka iaitu berjaya membawa 735 biji telur di atas topi baru-baru ini.

Dengan kelebihan rare itu, Gregory Da Silva berjaya mengimbangi kesemua butir telur yang telah disusun di atas topi dan diletakkan di atas kepalanya.

Video aksi menakjubkan tersebut telah tular selepas ia dikongsikan di Instagram Guinness World Records (GWR).

Menurut kapsyen pada video itu, Da Silva menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyusun telur ke dalam topi.

Difahamkan, aksi berkenaan dilakukannya untuk mencipta rekod keseimbangan bagi rancangan GWR di China baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau yang digelar ‘eggman’ dan juga merangkap seorang personaliti tempatan yang terkenal di negara asalnya sering muncul dalam pelbagai racangan di kaca televisyen.

Da Silva juga menjelajah ke seluruh dunia untuk mempamerkan bakatnya dalam mengimbangi telur.

Hebat sungguh!

Baca juga: Lagi kes pembeli online ditipu, tempah iPhone tapi dapat sabun!

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!