SIAPALAH tidak rindu menatap wajah ibu dan ayah tersayang selepas berbulan lamanya tidak dapat pulang ke kampung disebabkan sekatan rentas negeri.

Lain orang, lain perasaannya. Bagi mereka yang home sick, pasti tidak dapat melepaskan kerinduan untuk menatap wajah orang tersayang.

Bayangkan, tidak berjumpa lebih sebulan pun sudah drama air mata, inikan pula tempoh 16 tahun tidak dapat bertemu ibu kandung sendiri.

Kisah yang dikongsikan seorang wanita di Tiktok baru-baru ini menjadi tular selepas terbongkar cerita mengenai ibunya yang hilang tanpa khabar selepas berkerja di Mekah.

ibu hilang di mekah

Lapor Detik.com, wanita yang dikenali dengan nama Nurul Ariyanti itu menahan rasa sedih dan rindu selepas ibu yang disayangi hilang tanpa khabar sejak 16 tahun lalu.

Khabarnya, ibunya yang dikenali dengan nama Barlian yang bekerja di Mekah pada tahun 2005 dan selepas sebulan berada di sana, wanita itu hilang secara tiba-tiba.

Berkongsi cerita, Nurul Ariyanti berkata, ibunya mengambil keputusan untuk bekerja di Mekah kerana ramai saudara-mara lain berada di sana.

@nurulariyanti7Balas @arrada00 singkat aja ya 😭🥺♬ original sound – nurul ariyanti86

“Disebabkan faktor kewangan, ibu terpaksa bekerja di sana. Baru satu bulan, ibu dikhabarkan hilang walhal semua pakaiannya masih ada di asrama majikan.

“Sebelum ibu hilang, saya sempat menelefonnya dan ibu memberitahu dia sempat menunaikan haji,” ceritanya yang masih mengharapkan ibunya pulang dengan selamat.

Dalam video yang dikongsikan itu, wanita tersebut turut merayu supaya ibunya pulang sambil menunjukkan adik lelakinya yang sudah besar.

“Kami sudah besar dan sudah pandai cari duit sendiri. Adik yang paling kecil umurnya tiga tahun semasa ma pergi sudah besar.

“Pulanglah ma, sudah terlalu lama. Kami merindukanmu,” rayunya penuh sebak.

Iklan

ibu hilang di mekah

Wanita yang menetap di Desa Telaga Silaba, Kalimantan Selatan, Indonesia itu tidak menyangka video yang dikongsi menjadi viral sekelip mata.

“Saya sudah tentunya terkejut sebab video yang dimuat naik pada 12 Februari lalu terus tular sampai sekarang dan harap-harap ada yang sudi membantu cari ibu.

“Ayah pun sudah putus asa dan sudah berkahwin baru sejak enam tahun lalu, kakak-kakak lain pun sudah berkahwin, tinggal kami sahaja tinggal di rumah ini,” ceritanya.

Iklan

ibu hilang di mekah

Semoga ibu yang dicari dapat dikesan dengan bantuan warganet memandangkan teknologi sekarang, semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Bagi mereka yang masih ada ibu, luangkan masa untuk berbual melalui panggilan telefon atau video bagi mengubat rindu.

Mudah-mudahan larangan merentas negeri dapat dihentikan dan wabak Covid-19 dapat dibendung sebaiknya. Insya-ALLAH.