LAZIMNYA, tempoh pembinaan sesebuah bangunan mengambil masa berbulan-bulan lamanya atau mungkin bertahun-tahun untuk siap sepenuhnya, lebih-lebih lagi kalau bangunan lebih empat tingkat.

Itu belum lagi mengambil kira karenah kontraktor yang barangkali berdepan masalah dalaman atau teknikal. Silap hari bulan, boleh jadi projek terbengkalai.

Namun, percaya atau tidak, sebuah bangunan 10 tingkat mampu disiapkan dalam tempoh 28 jam sahaja.

bangunan 10 tingkat pasang siap

Ya! Bangunan moden stainless steel yang dibina di Changsha, China benar-benar membuatkan ramai terpana.

Lapor dezeen.com, projek yang dibangunkan syarikat Broad Group itu berjaya disiapkan dalam tempoh paling singkat di dunia.

Mana tidaknya, gerak kerja pembinaan pasang siap itu hanya memakan masa selama 28 jam dan 45 minit.

Projek yang melibatkan pasukan pekerja yang ramai dan tiga jentera kren itu benar-benar luar biasa.

Blok bangunan bersaiz kontena standard tersebut diperbuat daripada struktur keluli tahan lasak dan karat.

Dalam video berdurasi 4 minit 51 saat itu memperlihatkan gerak kerja membina blok apartmen bersaiz sepanjang 12.19 meter, selebar 2.44 meter dan setinggi 3 meter.

Boleh dikatakan desain moden ditonjolkan untuk reka bentuk bangunan dengan kedudukan tingkap dan balkoni yang boleh dilipat bagi menjimatkan ruang.

Wow! Menarik bukan?

Menurut laporan tersebut, modul blok yang dipasang siap itu lengkap dengan kemudahan elektrik, air dan kemasan dalaman menjadikan projek itu boleh disiapkan lebih awal.

Hanya ketatkan bolt pada sambungan antara modul, bekalan air dan elektrik sudah boleh tersedia untuk penghuni.

bangunan 10 tingkat pasang siap

Tidak mustahil, kecanggihan struktur pasang siap itu boleh disempurnakan dalam masa satu hari sahaja, walaupun setinggi 10 tingkat.

Iklan

Setiap unit lengkap dengan dinding dan lantai yang diperbuat daripada plat keluli besi tahan karat itu dikatakan lebih ringan dan kuat berbanding plat papan biasa.

bangunan 10 tingkat pasang siapbangunan 10 tingkat pasang siap

Syarikat sama juga mendakwa mampu membina bangunan pencakar langit setinggi 200 tingkat menggunakan modul yang sama.

Nak dijadikan cerita, syarikat tersebut pernah merancang untuk melancarkan satu projek pembinaan bangunan 220 tingkat menggunakan modul serupa yang dijangka boleh disiapkan dalam tempoh tujuh bulan.

bangunan 10 tingkat pasang siap

Iklan

Pun begitu, disebabkan keraguan faktor keselamatan dan kurang sokongan kerajaan membuatkan projek tersebut terhenti.

Kali ini, kejayaan pembinaan bangunan 10 tingkat itu ternyata membuka mata ramai pihak.

Meskipun ramai yang waswas dengan kekukuhan struktur bangunan apabila berdepan bencana gempa bumi atau ribut, namun ramai yang berharap projek sama dilaksanakan pada harga mampu milik.

Bagaimana kalau projek tersebut dibina di Malaysia pada harga mampu milik? Mesti ramai yang sukakan terutamanya untuk pasangan yang baru berkahwin atau anak muda. Ke korang takut? 😂

Apapun, kepakaran yang ada di China boleh dijadikan contoh yang bagus.