[VIDEO] Reaksi Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 400 juta pengikut di Instagram

A
A
A

POPULARITI Cristiano Ronaldo bukan sahaja dalam dunia sukan bola sepak, malah turut memiliki pengaruh kuat di media sosial.

Pada 8 Februari lalu Ronaldo mencatat sejarah baharu di laman sosial Instagram apabila direkodkan manusia pertama mempunyai pengikut paling ramai iaitu seramai 400 juta orang.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Ronaldo memuat naik video sebagai reaksi kepada pencapaian itu.

“Woww, What a number..”

“Kini saya boleh katakan SIUUU! Tanpa anda semua, ini semua tidak akan terjadi,” kata pemain Portugal itu.

Terdahulu, Daily Mail melaporkan setiap hantaran Instagram Ronaldo bernilai £1.72 juta (bersamaan RM9.78 juta).

Pada September 2021, Ronaldo mempunyai 237 juta pengikut yang mana nilai bagi setiap hantaran ialah £1,019,100 (bersamaan RM5.79 juta).

Pemain berusia 37 tahun itu menerima 163 juta pengikut baharu dalam masa lima bulan dengan purata 10 juta bagi setiap hantaran.

Cristiano biasanya akan memuat naik hantaran foto bersama keluarga, foto ketika menjalani latihan dan gambarnya ketika melancong ke luar negara.

Berikut ialah senarai 10 akaun Instagram yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia.

1) Cristiano Ronaldo: 404 juta

2) Kylie Jenner: 312 juta

3) Leo Messi: 308 juta

4) The Rock: 298 juta

5) Selena Gomez: 298 juta

5) Ariana Grande: 295 juta

6) Kim Kardashian: 287 juta

8) Beyonce: 238 juta

9) Justin Bieber: 221 juta

10) Kendall Jenner: 219 juta

Baca juga: Jersi Nombor 7 Cristiano Ronaldo Laku Keras, Berikut 5 Pemain Legenda Nombor 7 Dalam Sejarah Bola Sepak

Baca juga: Respek! Cristiano Ronaldo Dipuji Peminat Guna Kaki Kanan Masuk, Keluar Padang

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang