[VIDEO] Selamba jemur tikar dekat pagar rumah jiran, wanita luah rasa kesal dengan sikap aneh tetangganya

A
A
A

ADAT hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Selain itu, sebagai seorang jiran juga, kita perlu mengetahui batas-batas terutamanya melibatkan hal-hal peribadi dan hak milik orang lain.

Pun demikian, masih terdapat lagi sesetengah daripada jiran yang berkelakuan aneh mengabaikan etika-etika tersebut.

Buktinya, menerusi satu perkongsian video di TikTok @maulanik, beliau meluahkan rasa kesal apabila melihat 'sesuatu' yang kurang menyenangkan di hadapan rumahnya.

Salah seorang daripada jiran terdekatnya itu didapati tanpa rasa bersalah menjemur beberapa gulung tikar di atas pagar rumah beliau.

Tindakan tersebut telah menyebabkan laluan untuk Maulanik keluar dan masuk rumah sangat terganggu.

Masakan tidak, jirannya itu turut menjemur tikar di bahagian pintu yang boleh ditolak dan ditarik.

Bukan itu sahaja, jelas wanita itu, kejadian tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku, malah dirinya juga pernah menegur perbuatan si pelaku tetapi langsung tidak dihiraukannya.

@maulanikYa alloh aku punya tetangga kok gini bgt sih btl2udh pernah aku bilang pintu pagar jgn pke jmur.tpi knpa ko gk di anggap omongan ku ini terlalu ??

♬ suara asli - maulanianik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan perasaan geram melihat video yang dikongsikan.

Pada masa sama, sesetengah daripada mereka sama sekali tidak menyangka wujud jiran aneh seperti itu.

Oleh itu, nasihat SinarPlus kepada semua pembaca, jagalah adab sesama jiran terutamanya melibatkan hak peribadi mereka.

Manalah tahu, suatu hari nanti kita perlukan pertolongan, pastinya jiran antara individu yang dicari.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang