KES penculikan membabitkan remaja dan kanak-kanak bukan perkara biasa-biasa yang boleh dipandang ringan.

Jika ibu bapa dan orang ramai tidak mengambil perhatian serius, tidak mustahil kes orang hilang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Jika diteliti, negara yang paling banyak berdepan kes kehilangan remaja dan kanak-kanak, tidak lain tidak bukan adalah di Amerika Syarikat (AS).

kes culik kanak-kanak

Merujuk data yang dikumpulkan globalmissingkids.org, seramai 460,000 kanak-kanak dilaporkan hilang setiap tahun di negara Uncle Sam tersebut.

Antara negeri yang paling ramai direkodkan menerima laporan kanak-kanak hilang adalah California (2,133), Florida (1,252), Texas (1,246), Arizona (915) dan Washington (643).

 

kes culik kanak-kanak

Selain itu, United Kingdom menjadi negara kedua paling ramai dengan laporan kehilangan sebanyak 112,853 kanak-kanak diikuti Jerman (100,000 orang) dan India seramai 96,000 kanak-kanak.

Allahuakhbar! Bukan sikit-sikit ya jumlah mereka yang hilang itu sepanjang tahun.

Daripada banyak kes, mungkin satu kes penculikan yang tular baru-baru ini di Florida boleh menjadi iktibar kepada semua.

kes culik kanak-kanak

Cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan yang sedang leka bermain slime di depan rumah sambil menunggu bas sekolah memang satu kejadian yang ‘menggetarkan’ jiwa untuk ditonton.

Masakan tidak, si penculik tersebut dikatakan sudah mengintip remaja berkenaan dan pernah beberapa kali cuba menghampirinya beberapa minggu sebelum kejadian.

kes culik kanak-kanak

Meskipun kanak-kanak berusia 11 tahun itu pernah mengadu kepada pihak sekolah dan kedua ibu bapanya mengenai insiden tersebut, namun tidak diendahkan.

Percaya atau tidak, lelaki itu masih tidak berputus asa dan cuba sesuatu yang menakutkan termasuk mahu menculiknya!

Video berdurasi seminit 37 saat itu menunjukkan kenderaan berwarna putih dipandu seorang lelaki dilihat menghampiri remaja terbabit sebanyak dua kali.

Lapor ntd.com, suspek yang dikenali sebagai Jared Stanga, 30, dirakam membawa pisau dan cuba membawa lari remaja tersebut, namun gagal.

Disebabkan mangsa bergelut tanpa mengenal erti takut, kanak-kanak itu berjaya lolos daripada pelukan lelaki itu dan melarikan diri ke rumahnya.

Iklan

Keberanian pelajar sekolah itu wajar dipuji kerana kepekaan dengan keadaan sekeliling, walaupun ketika itu sedang leka bermain slime berwarna biru.

kes culik kanak-kanak

Video yang tular di Facebook Escambia County Sheriffâ’s Office itu turut memaklumkan penangkapan lelaki terbabit di sebuah pasar raya pada hari yang sama.

Calitan slime biru pada tangan suspek menjadi bukti penangkapan dan selepas disemak, lelaki itu didapati mempunyai kes jenayah lampau termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Fuh, nasib baik cubaan menculik itu gagal. Jika berlaku sebaliknya iaitu mangsa menyerah diri tanpa berbuat apa-apa, kita tak dapat dan boleh membayangkan apa yang akan terjadi!

Rata-rata netizen yang mengikuti kes yang dikongsikan di Facebook pihak berkuasa tersebut melahirkan rasa takut mengenai insiden tersebut.

Iklan

kes culik kanak-kanak

Ramai yang puji kepekaan mangsa tersebut yang sentiasa berwaspada dengan orang yang lalu lalang termasuk penjenayah tersebut.

Kereta yang sama pusing dua kali, memang menggerunkan!

kes culik kanak-kanak

Jangan tinggalkan anak seorang diri dan jadi sasaran pedofilia!

kes culik kanak-kanak

Mungkin insiden menakutkan itu boleh menjadi iktibar buat ibu bapa di negara ini supaya lebih berhati-hati.

Bukan saja berwaspada dengan jangkitan Covid-19, keselamatan anak-anak juga perlu diberikan perhatian. #kitajagakita