BETUL kata orang, apabila fokus sedang membuat kerja gajah lalu di sebelah pun tak perasan!

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang sedang asyik aerobik di Yangon, Myammar ini.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat dengan selamba bersenam dengan diiringi lagu Ampun Bang Jago, nyanyian asal Ever SLKR dan Tian Storm.

Rupanya wanita tersebut adalah seorang guru pendidikan Jasmani, bernama Khing Hnin Wai.

Pada awalnya, dia memuat naik video itu di Facebook miliknya, namun menjadi tular selepas seorang pengguna Twitter @Aditya Raj Kaul berkongsi semula video tersebut.

Video berdurasi tiga minit 26 saat itu mencuri perhatian ramai dan dikatakan unik kerana berlatarbelakangkan perarakan trak tentera Myammar sempena tentera mengambil alih Dewan Bandaraya Yangon.

Menurut laporan The Guardian, Khing memang tidak menyangka video tersebut tular kerana dia sekadar melakukan rutin senamannya seperti selalu.

Menurutnya, dia menari dan melakukan senaman tidak mewakili mana-mana organisasi kerana mahu menjadi selebriti.

Dia selalu bersenam di kawasan itu sejak 11 bulan lalu untuk pertandingan tarian kecergasan.

Dirinya merasa ia adalah sesuatu yang normal dan tidak menyangka menjadi tular.

Menjengah laman Facebooknya, tulisnya, “Video bersenam untuk bertanding akan menjadi kenangan.

Iklan

“Saya tidak tahu adanya helikopter dan kereta tunda, di suatu tempat dengan senjata besar, polis juga melihat senyuman lebar,” tulisnya.

Video wanita aerobik layan 'Ampun Bang Jago' tular, tak perasan apa berlaku
Gambar Facebook Khing.

Namun ada segelintir warganet mengatakan ia disunting untuk meraih perhatian, namun menurut Khing yang memaklumkan kepada BBC, video tersebut adalah rakaman asal.

Baca juga Indonesia tergolong senarai 20 negara dilarang Arab Saudi, ibadah umrah terpaksa ditangguhkan lagi

Iklan

Terdahulu, portal tempatan melaporkan tentera Myammar melakukan rampasan kuasa selepas menahan Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, Isnin lalu.

Penahanan Suu Kyi dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa bagi menangani krisis politik itu. Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Suu Kyi menang besar.

Tentera Myanmar kemudian mengumumkan rombakan kabinet negara itu beberapa jam selepas melakukan rampasan kuasa sebelum mengisytiharkan perintah darurat. Seramai 24 timbalan menteri dipecat daripada jawatan masing-masing dan digantikan dengan 11 lantikan baharu.